• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

England Tewas 0-1 Kepada Belgium Tapi Tetap Mara

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENGLAND terpaksa menanggung kekalahan pertama mereka tahun ini selepas Belgium menang 1-0 dalam peringkat penentuan Kumpulan G Piala Dunia 2018.

Adnan Januzaj menghadiahkan gol pada minit ke-51, manakala cubaan Gareth Southgate untuk mengubah keputusan tidak berjaya.

England mempamerkan aksi menyedihkan membuatkan mereka terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam kumpulan.

Skuad itu akan bertemu dengan pemenang Kumpulan H, Colombia dalam baki 16 perlawanan, sementara Belgium pula bakal bertemu Jepun.

Southgate berkata, dia ingin mengekalkan momentum perlawanan dan walaupun ada seorang atau dua pemain menunjukkan perubahaan yang ketara seperti Trent Alexander Arnold, tapi ia tidak begitu membantu.

England juga akan bertemu Switzerland atau Sweden dalam baki lapan perlawanan, tapi sebelum itu pasukan tersebut perlu bertemu dengan Colombia yang mampu meletakkan England dalam bahaya.

Ia akan menjadi ujian yang hebat, tapi tidak dinafikan England kini mempunyai peluang untuk mara ke separuh akhir. – Eurosport/mStar Online

Tags: EnglandPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

Euro 2020: Sterling, Kane Wira England Singkir Jerman

30/06/2021
0

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd