• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elshenawy Tolak Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan

oleh
19/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJAGA gol Mesir, Mohamed Elshenawy menolak Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang ditaja oleh syarikat gergasi arak Amerika Syarikat, Budweiser atas faktor agama.

Lapor Berita Harian, Elshenawy dipilih memenangi anugerah tersebut selepas menampilkan beberapa aksi yang memukau menyelamatkan pintu gol Mesir walaupun bolos pada minit ke-89 yang menyaksikan Mesir tewas 0-1 kepada Uruguay.

Pemain berumur 29 tahun itu memilih untuk tidak menerima anugerah tersebut bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang pengambilan minuman memabukkan.

Pengarah pasukan Mesir, Ihab Leheta memberitahu Elshenawy mengucapkan beberapa patah perkataan sebelum mengambil gambar bagi upacara penyampaian hadiah namun dia tidak mengambil trofi tersebut.

Pemain Muslim itu menunjukkan isyarat badan menolak trofi tersebut yang disampaikan oleh wakil Budweiser ketika di terowong pemain dalam stadium di mana gambar tersebut tersebar meluas di media sosial.

.@FIFAcom have a deal with @Budweiser for the #ManoftheMatch award. Being alcohol, there are 3 North African nations + Saudi & Iran in the @FIFAWorldCup. Did they not think these guys won’t accept the award? #EGY⁠ ⁠’s @Melshenawy did not take his today. pic.twitter.com/750OOyFaw0

— Marwan Ahmed (@MarwanAhmed_KF) June 16, 2018

Keputusan Elshenawy diterima baik Budweiser dan menghormati agama pemain Mesir itu.

“Kami menghormati kepercayaan agama setiap pemain dan sudah membincangkan bersama FIFA untuk menetapkan satu proses berlainan bagi membolehkan pemenang Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang tidak mahu ditampilkan dengan jenama Budweiser atas sebab agama.

“Pemenang Rasmi Pemain Terbaik Perlawanan yang menolak trofi Budweiser atas sebab agama tetap menerima penghormatan penuh, sama seperti Mohamed Elshenawy lakukan dan kami mengucapkan tahniah atas pencapaiannya,” kata wakil Budweiser.

Budweiser adalah penaja utama Piala Dunia 2018 di Russia selepas menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa untuk menjadi penaja minuman alkohol rasmi kepada temasya terbesar dunia itu.

Selain Mesir, enam negara Islam lain yang beraksi di Piala Dunia Rusia ialah Arab Saudi, Maghribi, Iran, Tunisia, Senegal dan Nigeria.

Mengikut jadual perlawanan, Mesir akan berhadapan Rusia esok sebelum melengkapkan aksi Kumpulan A menentang Arab Saudi pada 25 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BudweiserMesirMohamed Elshenawy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd