• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Politik Wang Dalam Pemilihan UMNO – Ku Li

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mahu budaya politik wang dalam pemilihan parti itu dapat dihapuskan, sekali gus perwakilan dapat memilih pemimpin mereka dengan lebih jujur dan ikhlas.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata budaya itu tidak sepatutnya berlaku ketika UMNO sedang dalam proses pemulihan selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

“Kita kena ingat politik wang amat bahaya dan kadangkala ia membawa kerugian juga kerana selepas wang ditabur, ada juga perwakilan yang tak memberikan undi.

“Justeru, perwakilan UMNO perlu menolak budaya dan amalan yang ‘karut’ itu supaya dapat melahirkan pemimpin yang bersih dan suci serta mampu kekal relevan sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata perwakilan perlu mengambil iktibar di atas kekalahan UMNO pada PRU14 juga adalah disebabkan wang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan debat calon presiden UMNO tidak akan mendatangkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO.

Katanya cadangan debat itu bagi mendapat pandangan calon yang bertanding tentang sesuatu perkara yang hendak dibangkitkan. – BERNAMA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Cawangan, Pemimpin NGO Umum Keluar UMNO

Next Post

Strategi Baharu JPJ Dalam Op Sempena Aidilfitri Berkesan

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Strategi Baharu JPJ Dalam Op Sempena Aidilfitri Berkesan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd