• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL-Vincent Tan: Tun M Sepatutnya Letak Jawatan

oleh
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau tidak mengetahui projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan penglibatan Vincent Tan dianggap tidak munasabah dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan jika tidak mengetahuinya.

Penglibatan seorang taikun korporat, Vincent Tan dalam ECRL telah mengubah paradigma kerajaan dengan mengambil keputusan meneruskan projek ECRL ini.

Mahathir sebelum ini ibarat orang yang serba tahu di Malaysia sehinggakan dakwaan angka-angka ekonomi pun dipalsukan telah berubah seperti orang ‘hilang ingatan’ apabila mengatakan tidak tahu berkenaan projek ECRL dengan kehadiran Vincent Tan.

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,” kata beliau pada akhbar tempatan semalam ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Bukankah Vicent Tan rakan baik Mahathir? Bagaimana penglibatan rakan baik sendiri dalam projek mega kerajaan tidak diketahui oleh perdana menteri?

Sebaiknya, Mahathir patut meletakkan jawatan sekiranya benar-benar tidak mengetahui hal tersebut kerana tidak layak sebagai seorang pemimpin negara dan rakan baik tidak mengetahui perkembangan projek mega kerajaan.

Mahathir hanya berkata ‘ok’ dengan rancangan untuk membina landasan kereta api tetapi menegaskan bahawa kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau juga mendakwa syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi. Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” ujarnya.

Tambahan pula, jika projek ECRL yang bakal diteruskan dibawah syarikat swasta sudah pastinya akan memberi kos perbelanjaan semakin tinggi.

Lantas, di manakah agaknya usaha kerajaan mahu mengambil pendekatan mengurangkan kos perbelanjaan ECRL seperti dikatakan perdana menteri itu?

Pendirian Mahathir terhadap projek ECRL yang berubah-ubah menyebabkan rakyat boleh keliru dan tidak senang duduk dengan keputusan beliau.

Terdahulu, Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan projek ECRL ini kerana menuduh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat hasil pulangan daripada pelaburan besar tersebut yang kononnya didakwa bakal mencecah RM110 bilion.

Namun, semasa keberadaan Mahathir di Jepun, beliau mengubah keputusannya daripada membatalkan kepada menangguhkan terlebih dahulu projek tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila sekali lagi ketua kerajaan Malaysia itu tampil dan membuat pengakuan ECRL akan diteruskan jika kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak kepada negara.

Mana satu yang betul?

Kerajaan sepatutnya memutuskan keputusan yang tetap berhubung projek yang ingin dilaksanakan dan mengkaji secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan.

Tindakan perdana menteri yang kurang bijak ini hanya merugikan diri sendiri dan menyebabkan kemajuan negara boleh terbantut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ECRLMahathirVicent Tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd