• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Adakan Lawatan Kerja Ke Jepun 10-12 Jun

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai esok hingga 12 Jun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) Ke-24.

Kunjungan beliau ke sana adalah atas jemputan Nikkei Incorporated selaku penganjur persidangan itu, kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta para pegawai Kementerian Luar.

Selain menyampaikan ucap tama bertajuk ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability’ yang juga tema Persidangan Nikkei tahun ini, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada persidangan berkenaan.

Dr Mahathir juga dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa entiti perniagaan seperti Dewan Perdagangan dan Industri JepunPer, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Dr Mahathir pada persidangan itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif yang bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi lebih meluas antara negara-negara di rantau ini.

Menerusi lawatan kerja itu, Dr Mahathir juga akan mengetengahkan dasar-dasar kerajaan terkini Malaysia kepada Jepun dan negara serantau terutamanya mengenai pelaburan asing dan perdagangan.

Ia turut memberi ruang kepada Malaysia untuk menyumbang serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan wakil-wakil kerajaan yang lain, tokoh-tokoh perniagaan serta pakar akademik. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd