• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diserbu Ketika ‘Tauke Mercun’ Sedang Rehat

oleh AK-47
07/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITA… Tindakan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai hampir RM24,000 di rumahnya di Tanah Merah, Pendang, Kedah, terbongkar dalam serbuan pihak berkuasa, semalam.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, lelaki berusia awal 30-an itu dipercayai sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludupan mercun.

Komander AKSEM Kedah, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pemeriksaan menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam sebuah bilik serta ruang tamu rumah.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada bahan letupan itu diseludup dari Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kota Putra di Durian Burung atau melalui Pulau Pinang.

“Antara yang dirampas ialah mercun bola dan bunga api jenis Happy Boom, Thunder Clap dan bunga api yang dilarang penjualan di negara ini.

“Pemeriksaan mendapati suspek yang juga peniaga itu bukan kali pertama menjalankan kegiatan menyeludup mercun dan bunga api itu, malah kami syak mungkin dia sudah beberapa kali melakukannya.

“Berikutan itu, anggota kami menahannya untuk membantu siasatan termasuk barangan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat AKSEM Kedah di Bangunan Persekutuan, di Anak Bukit, semalam.

Abd Latiff berkata, pihaknya percaya suspek dipercayai menjual bunga api dan mercun itu di pasaran sekitar Pendang sempena Aidilfitri ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek menyimpan stok bunga api dan mercun itu sebelum dijual kepada peniaga kecil-kecilan dengan cara bersembunyi.

“Dengan zaman teknologi canggih sekarang ini, tidak mustahil mercun dan bunga api boleh dijual melalui WhatsApp, WeChat atau Facebook untuk mengaut keuntungan.

“Bagaimanapun kita akan memantau pergerakan penyeludup sekiranya memperoleh maklumat tepat berhubung penjualan mercun dan bunga api,” katanya. – myMetro Online

Tags: mercunrampas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd