Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU β€” Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Gangguan Bekalan Air Di...

MELAKA – Gangguan bekalan air di negeri ini khususnya di daerah Melaka Tengah...

10 Ditahan Di Ipoh...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 suspek kerana disyaki terlibat memproses dadah di...

Pelajar Tajaan KPT Terima...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan semua pelajar tajaannya di luar...

Dilaksana Semula, ECRL Diharap Yakin Pelabur

KOTA BHARU – Keputusan kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat meyakinkan pelabur asing mengenai kestabilan ekonomi negara ini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani berkata keputusan itu akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan negeri yang terlibat dengan pembinaan pengangkutan awam tersebut.

“ECRL akan meningkatkan kegiatan komersial di setiap negeri yang terlibat kerana kawasan persekitaran laluan itu akan dapat memajukan peluang perniagaan untuk anak-anak tempatan selain menarik pelabur luar ke negeri berkenaan dalam pelbagai sektor perniagaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai berkata kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan ECRL selepas perbincangan semula kosnya dengan sejumlah RM20 bilion sudah dibayar.

Projek itu mencetuskan kontroversi ekoran kosnya melonjak sehingga RM70 bilion.

Mohd Fared berkata projek ECRL yang dijangka siap pembinaannya pada 2024 menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan, akan turut memberi peluang kepada kontraktor anak tempatan untuk bersaing bagi terlibat sama dengan pembangunan projek mega negara yang mempunyai pelbagai kepentingan.


“ECRL turut memberi sumbangan kepada pendapatan negara dan negeri daripada sektor pelancongan berikutan mempunyai pengangkutan awam yang bagus bagi memudahkan pelancong ke sesuatu tempat.

β€œIa bukan sahaja merapatkan jurang jarak antara kawasan, malah banyak lagi kebaikan bakal dinikmati seperti mengurangkan kemalangan yang membawa maut di jalan raya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata persatuan tersebut menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai pucuk pimpinan yang sentiasa berfikiran ke hadapan terutamanya melibatkan sektor pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Kategori