• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Calon Presiden Tonjol Keterbukaan UMNO

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Cadangan program debat calon presiden UMNO secara umum tidak akan mendatangkan keburukan sebaliknya menunjukkan parti itu mengamalkan sifat keterbukaan.

Calon presiden UMNO yang juga Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berpendapat program itu dapat memberi peluang kepada calon-calon mengemukakan hala tuju dan idea mereka dalam usaha melakukan pembaharuan kepada UMNO.

“Keputusan saya dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menghadiri debat calon presiden UMNO dilihat sebagai negatif seolah-olah mendedahkan kepada orang ramai isu keluarga ‘dalaman’ parti.

Namun, secara positifnya debat ini hendak menunjukkan bagaimana idea saya dan Ku Li mampu mengembalikan keyakinan rakyat, kalau kita masih di takuk lama tidak mahu keterbukaan, rakyat tidak akan hormati kita (UMNO),” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permai Ali Mazat Salleh di kediamannya di sini, hari ini.

Semalam calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menolak cabaran debat itu kerana berpendapat isu dalaman parti tidak perlu dibincangkan secara umum.

Hari ini pula Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan sebagai berkata debat itu tidak perlu dilakukan secara umum kerana membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada parti.

Khairy dan Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang dijadualkan muncul pada program ‘Debat Presiden UMNO’ selama sejam yang dijadualkan pada 9.30 malam 29 Jun ini di Astro AWANI. – BERNAMA

Tags: debatKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd