• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Mengacara, Alvin Takut Malukan Diri Sendiri

oleh
26/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KURANG pengalaman pengacara membuatkan pelakon Alvin Chong hampir tarik diri daripada jalani uji bakat sebagai pengacara bagi program I Can See Your Voice Malaysia baru-baru ini.

Malahan Alvin dilaporkan berasa sedikit berbelah bahagi bagi menyahut cabaran berkenaan selain tidak berapa fasih dalam berbahasa Melayu.

“Ketika diminta menghadiri sesi uji bakat untuk program ini, saya enggan pergi. Bukan jual mahal, tetapi saya tidak mahu memalukan diri.

“Saya kurang yakin kerana sedar penguasaan bahasa Melayu saya tidak cukup bagus. Saya juga takut tidak boleh beraksi spontan mengikut situasi seperti pengacara lain.

“Namun, Universal Music memberi semangat dan meminta saya cuba dahulu. Lucunya, sepanjang sesi uji bakat itu, tangan saya tidak lepas memegang skrip.

“Apabila dimaklumkan berjaya, perasaan teruja dan takut bersilih ganti,” kata Alvin yang dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa sama, pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu turut akan kekal berusaha bagi memenuhi percubaan pertamanya untuk membuktikan keupayaannya dalam bidang pengacaraan selain berlakon dan menyanyi.

Sebelum menghadapi hari yang sebenar, Alvin kini sedang sibuk menonton versi asal program dari Korea Selatan itu supaya dia tidak akan kekok ketika berada di atas pentas nanti.

Malah, cara penyampaian pengacara program itu turut dikaji dengan teliti oleh pelakon berusia 27 tahun itu.

“Sebelum ini, memang ada tawaran membabitkan undangan mengendalikan majlis korporat. Namun, saya tidak menerimanya. Saya perlukan sedikit masa, terutama untuk mengendalikan program acara langsung, bimbang tersalah cakap.

“Berbeza I Can See Your Voice kerana ia program rakaman. Dari situ, saya dapat belajar dengan mereka yang lebih senior selain teman gandingan saya, Syuk Sahar,” ujarnya lagi.

I Can See Your Voice Malaysia terbitan ntv7 itu bakal disiarkan pada Ogos ini dan akan menampilkan seramai enam bakat misteri yang perlu diteka oleh mereka sama ada itu ialah penyanyi lagu sebenar atau sekadar menyamar.

Pada perkembangan lain, Alvin baru sahaja muncul menerusi drama Awak Suka Saya Tak Raya gandingannya bersama pelakon putih melepak, Emma Maembong. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Alvin ChongNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd