• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Hans-Afdlin, Nabil Mahu Bantu Pelapis Muda

oleh
24/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Nabil Ahmad kini sedang berusaha mengetengahkan bakat pelapis muda bagi mereka menonjolkan bakat dalam industri hiburan menerusi syarikat produksinya iaitu Nabil Production.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu menjadikan sahabat baik Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Hans Isacc sebagai contoh buatnya kerana kedua-dua individu hebat itu sering memberi ruang kepada bakat baharu dalam program terbitan mereka dan disebabkan itu, Nabil turut mahu menjadi seperti mereka.

“Ketika awal bertapak dulu, mereka sering memberi peluang untuk saya dan teman seangkatan mengasah bakat. Apabila saya sudah selesa, giliran saya pula untuk memberi ruang kepada bakat baharu menampilkan kreativiti.

“Bakat baharu ini akan saya tampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan nanti,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Dalam masa sama, usaha itu merupakan misinya yang sememangnya ingin ubah sedikit haluan selepas 10 tahun bina nama dengan memberi fokus kepada syarikat produksi yang sudah beroperasi selama lebih enam bulan itu.

Malah, selama enam bulan, Nabil dan rakan kongsinya telah berjaya menerbitkan sebanyak lapan produk.

“Sedekad di depan kamera, sekarang masanya untuk saya berada di balik tabir sebagai penerbit, selain mencurahkan idea dengan menghasilkan skrip kerana saya juga meminati kerja penulisan.

“Setakat ini, saya sudah menerbitkan program sitkom, telefilem sempena Syawal dan tazkirah viral. Selain itu, produksi ini juga akan muncul dengan program animasi dan filem. Saya cuma berdoa semua perancangan ini berjalan lancar,” ujarnya lagi.

Selain itu, Nabil turut berasa bersyukur kerana dia telah berjaya mendapat kepercayaan daripada stesen televisyen yang sentiasa memberi peluang kepadanya bagi menghasilkan program yang memenuhi kehendak penonton pada masa kini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Nabil AhmadNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd