• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Jawatan Tambahan Dalam UMNO Perlu Berfungsi

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiausaha Bahagian Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi, menyambut baik cadangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi mewujudkan jawatan naib presiden untuk wakil wanita dan Sabah.

Bagaimanapun, Hasim, yang juga Ketua UMNO Rasah berkata, mereka yang akan diberi tanggungjawab menggalas tugas itu perlu memainkan peranan sewajarnya demi kebaikan parti.

“Apa sahaja perubahan baharu perlu memberi manfaat kepada parti. Ia tidak akan bermakna jika ahli tidak ada semangat kekitaan, cinta dan kewajipan untuk menyempurnakan tugas sebaik mungkin.

“Kita boleh meletakkan pemimpin terbaik dan membentangkan rancangan terbaik untuk UMNO, tetapi semua ini tidak memberi faedah jika ahli terus menentang satu sama lain tanpa memikirkan kepentingan parti.

“Kita mesti kembali kepada asas perjuangan dan mengingatkan diri, mengapa UMNO ditubuhkan dahulu,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga calon Presiden UMNO, berkata beliau akan mewujudkan tambahan dua jawatan naib presiden, masing-masing untuk mewakili kaum wanita dan Sabah, jika diberikan mandat memimpin parti itu pada pemilihan parti, 30 Jun ini.

Katanya, penambahan jawatan itu selaras hasrat melonjakkan perwakilan wanita dalam barisan pembuat keputusan supaya mencapai kadar 30 peratus, selain memecahkan siling yang selama ini menghalang wanita daripada menerajui tampuk kepemimpinan utama parti.

Mengenai cadangan Khairy untuk mewajibkan pemilihan UMNO diadakan setiap tiga tahun dalam usaha mendapatkan semula kepercayaan ahlinya, Hasim berkata, setiap keputusan perlu berasaskan kepada perlembagaan parti.

Ditanya mengenai sokongan ditunjukkan oleh banyak pihak terhadap Khairy dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, Hasim berkata, kedua-dua mereka ada kekuatan tersendiri.

“Tok Mat (Mohamad) dikenali ramai orang di negeri ini sebagai pemimpin yang baik dan adil, yang mampu membawa perubahan kepada parti.

“Saya harap perwakilan akan membuat keputusan yang bijak serta rasional dalam memilih pemimpin yang akan menerajui UMNO kelak dan semua pihak dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO,” katanya. – BH Online

Tags: cadanganUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd