• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Bawa Gajet Ke Sekolah Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini.

Menteri bertanggungjawab Dr. Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.

“Kementerian tidak mahu hanya menekankan kepada gajet sahaja kerana kontraktor (perisian) yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat manfaat.

“Maka cadangan itu perlu dilihat secara holistik dan komprehensif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pra-pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan membenarkan pelajar membawa gajet dan perantik elektronik dikemukakan seiring pembangunan teknologi semasa.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata konsep kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mengelak ia terjerumus dalam lembah konflik.

Selain itu, beliau mahu politeknik memikirkan cara terbaik untuk memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat permintaan di pasaran kerja tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya difahamkan proses PDP di politeknik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu tangga untuk graduan diangkat ke persada antarabangsa,” katanya.

PUO yang ditubuhkan pada 1969 dan merupakan politeknik pertama ditubuhkan dalam negara akan menyambut ulangtahun ke-50 pada tahun depan. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malikgajet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jamal Tampil Di Layar Berucap Kepada Perwakilan

Next Post

Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana Siap Mac Depan

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

22/01/2021
0

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan...

Next Post

Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana Siap Mac Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd