• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau Nahas Bas Ekspres

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan penilaian tragedi kemalangan bas Genting Highlands pada Ogos 2013, bagi mengatasi isu kemalangan membabitkan bas ekspres.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini.

Katanya terdapat 51 cadangan dimuat dalam laporan itu hasil kajian terhadap tragedi kemalangan bas yang meragut 37 nyawa itu, bertujuan menambah baik sistem bas ekspres negara.

“Saya sudah minta ketua setiausaha kementerian untuk melihat semula laporan itu dan kita nak pantau betul-betul sejauh mana kesemua cadangan itu telah dilaksanakan dalam beberapa tahun ini.

“Kita tidak perlu apa-apa kajian lagi kerana pelbagai kajian telah dibuat, sekarang ialah masa untuk pelaksanaan (kajian terdahulu),” katanya pada sidang media, di sini hari ini,

Loke berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa kemalangan jalan raya yang berlaku semalam, termasuk tragedi melibatkan sebuah bas ekspres di kilometer 142.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Pagoh, Johor yang meragut tiga nyawa.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah menjalankan penilaian terhadap kemalangan bas di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013 itu, yang menyebabkan 37 orang maut, menjadikannya tragedi kemalangan paling buruk pernah berlaku di negara ini.

Dalam pada itu, Loke berkata Op Selamat sempena sambutan Aidilfitri 2018 akan dilancarkan pada Khamis ini di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Ditanya mengenai isu beg udara jenis Takata, katanya beliau akan bertemu semua syarikat pembekal kereta yang menggunakan beg udara tersebut iaitu Honda, Toyota, Nissan, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus.

“Jumlah (yang belum menukar beg udara bermasalah itu) semakin besar. Saya dapat laporan Honda sahaja ada lebih 70,000,” katanya.

Loke berkata beliau akan memaklumkan jumlah sebenar kenderaan terlibat esok dan langkah yang akan diambil supaya mereka dapat menukar beg udara secepat mungkin.

Semalam, Loke berkata Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar beg udara jenis Takata berkuat kuasa serta-merta. – BERNAMA

Tags: Anthony Lokekemalangan bas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd