• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Jadi Bisu Akibat Tertelan Pencuci Longkang

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA selepas lima tahun, seorang pemilik pasar raya telah dipertanggungjawabkan terhadap kecederaan parah dialami seorang kanak-kanak, yang terminum cecair pencuci longkang di premis itu.

Akibat kemalangan tersebut, kanak-kanak terbabit. Ayman Faisal tidak boleh bercakap dan dia juga terpaksa makan menerusi tiub. Kejadian itu berlaku di Safa Superstore di Moss Side, Manchester, Britain.

Semasa kejadian, Ayman baru berusia dua tahun. Dia berjaya membuka penutup botol cecair tersebut yang terletak di atas rak, ketika ibunya berpaling sekejap.

Susulan kejadian itu, pengeluar cecair pencuci berkenaan, Active Brands Concept Ltd. mengaku bertanggungjawab kerana penutup botol terbabit dengan mudah dapat dibuka oleh seorang kanak-kanak.

Kini, hakim kanan memutuskan bahawa Safa Superstore juga bertanggungjawab kerana botol itu sepatutnya diletakkan di tempat yang tinggi.

Selain itu, pemilik pasar raya berkenaan juga tidak mempunyai lesen untuk menjual bahan toksik yang bertanda `jauhkan daripada kanak-kanak’.

Menurut ibunya, Saira, 38, yang turut mengalami luka terbakar di tangan dan kakinya, dia hanya berpaling beberapa saat apabila Ayman, yang diletakkan di dalam kereta sorong telah mencapai botol cecair pencuci itu.

Dia kemudiannya mendapati mulut Ayman menjadi biru dan ungu serta darah mengalir dari mulutnya.

“Pada mulanya saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya masih ingat saya menjerit kepada kakitangan di pasar raya itu supaya menghubungi ambulans dan pada masa saya saya cuba mengeluarkan sesuatu dari mulutnya,” kata Saira.

Ayman ditempatkan selama sebulan di unit rawatan kecemasan dan enam minggu di wad biasa di Royal Manchester Children’s Hospital.

Empat tahun selepas itu, Ayman masih memerlukan penjagaan 24 jam.

“Saya cuba menjadi positif dan saya bangga kerana Ayman masih bertahan walaupun selepas apa yang dilaluinya,” kata Saira. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakKecuaian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd