• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buang Tong Dram Berisi Simen Di Sebuah Kolam”

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dia dan bapa saudaranya yang juga tertuduh ketujuh telah membuang sebuah tong dram berisi simen di sebuah kolam di Subang Jaya, Selangor pada 5 Sept 2015.

S. Nimalan, 25, berkata dia dan bapa saudaranya itu S. Ravi Chandaran telah pergi membuang tong itu selepas diarahkan bekas tertuduh kedua yang telah bebas, iaitu G. Gunasekaran atau lebih dikenali sebagai ‘Jay’.

“Ravi beritahu saya, Jay beritahunya yang tong ini tak boleh digunakan. Jay suruh Ravi buang tong tersebut,” katanya ketika pemeriksaan utama Peguam V.Rajehgopal pada prosiding bela diri hari ke-12.

Katanya ketika itu tong tersebut berada di hadapan kedai Jay yang dalam proses pengubahsuaian dan ia telah diisi simen sehingga penuh oleh Jay sebelum itu.

“Saya tanya Ravi bagaimana nak angkut, kerana tong ini berat. Ravi suruh saya pergi kedai berhampiran dan dapatkan ‘forklift’,” katanya yang menambah tidak lama kemudian seorang lelaki telah datang memandu forklift ke kedai Jay, mengangkat tong itu dan meletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Nimalan berkata tidak lama kemudian Ravi Chandaran mengajaknya untuk pergi membuang tong itu di satu lokasi yang telah diberitahu Jay yang terletak kira-kira 10 minit dari kedai Jay.

Kepada soalan Rajehgopal bagaimana keadaan lokasi untuk membuang tong itu, katanya ia berdekatan sebuah sekolah Cina dan terdapat tempat pembuangan sampah serta sebuah kolam.

“Selepas memberhentikan kenderaan, kami berdua turun, menolak tong itu ke bawah (daripada Triton) dan meletakkannya di tepi kolam,” katanya yang juga memberitahu mereka berdua kemudian beredar ke kedai Jay semula.

Media sebelum ini melaporkan mayat Kevin Morais dijumpai disumbat di dalam guni dan disimen di dalam tong dram yang kemudian dibuang di sebuah paya yang terletak di USJ1 Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; Nimalan, Ravi Chandaran, dan doktor tentera Kolonel Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, lima tertuduh, Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan dan Ravi Chandaran, 47, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 23 Julai. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mana Pergi Pen Drive Kait Pembunuhan Dengan 1MDB?”

09/10/2018
0

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan...

‘Peguam Doktor Tentera Suruh Saya Mengaku Bunuh Kevin Morais’

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd