• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Payudara Selepas 9 Saudara Hidap Kanser

oleh AK-47
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita berusia 24 tahun sanggup bertindak pelik apabila membuang kedua-dua payudaranya selepas melihat penderitaan ibunya bertarung melawan kanser.

Esther Taylor membuat keputusan sukar untuk menjalani pembedahan mastektomi itu selepas sembilan saudaranya didiagnosis dengan kanser, dengan beberapa orang daripadanya maut.

Dia kemudian diberitahu bahawa dirinya ‘berisiko tinggi’ untuk mendapat kanser payudara dan ovari.

Pada 2 Mac, dia menjalani prosedur selama sembilan jam untuk membuang kedua-dua payudaranya.

Jururawat pediatrik dari Preston, Lancashire, UK ini berkata: “Ini keputusan yang sukar, menakutkan, menyakitkan, berisiko dan penuh emosi, tetapi keputusan berani ini mengubah kehidupan.

“Ramai yang kata saya terlalu muda ‘untuk buat keputusan seperti itu, tetapi jika kamu tahu kamu hidup dengan risiko tinggi untuk dapat kanser payudara dan kamu ada pilihan untuk mengurangkan risiko, maka mengapa kamu tidak melakukannya?”

Taylor yang kini berusia 25 tahun, turut mendapat sokongan daripada bintang pop Liberty X, Michelle Heaton yang turut menjalani prosedur tersebut.

Dia berkata keputusannya didorong oleh ibunya, Patsy Fenning serta ibu dan bapa saudaranya yang melawan penyakit itu.

“Ibu saya berasal dari keluarga besar, menyedihkan ramai ahli keluarga meninggal kerana kanser dan majoriti ibu dan bapa saudara saya yang masih hidup juga menghidap kanser,” katanya.

“Saya tiba-tiba sedar, sudah tiba tahapnya ahli keluarga didiagnosis kanser tidak mengejutkan saya. Saya fikir tak adil jika semua ahli keluarga mati kerana kanser tetapi saya tidak melakukan sesuatu.

“Saya tidak mahu kematian orang-orang yang begitu rapat dengan saya dibiarkan begitu sahaja.”

Setelah menjaga dan melihat sendiri penderitaan ibunya ketika berusia lapan tahun, Taylor sentiasa mengingati kematian.

Sebelum dibedah, dia meraikan parti ‘Bye Bye Boob’ dengan rakan-rakannya daripada Royal Blackburn Hospital di rumah seorang teman.

Dia mengakui tertekan semasa proses penyembuhan dan berasa janggal dengan buah dada kosmetiknya tetapi lama kelamaan berjaya membina keyakinan diri.

“Saya tidak sepenuhnya bebas risiko tetapi setiap hari saya fikir, saya masih hidup kerana mereka,” katanya. – MetroUK

Tags: Kanser Payudarapembedahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cukup Tajaan RM30 Juta Siaran Piala Dunia Di RTM

Next Post

Malaysia Minta Kredit Yen Daripada Jepun

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

Next Post

Malaysia Minta Kredit Yen Daripada Jepun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd