• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bonda Sultan Johor Kembali Ke Rahmatullah

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bonda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah, kembali ke rahmatullah semalam.

Menerusi kenyataan dimuat naik laman rasmi Johor Southern Tigers (JST), awal pagi ini, laman rasmi itu menyatakan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2018. Al-Fatihah,” menurut kenyataan dimuat naik dalam JST, hari ini.

Awal pagi tadi juga Instagram milik anakanda Sultan Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, memuat naik gambar hitam putih bersama Almarhum nendanya dengan kenyataan ‘1st June, Jumaat. Al-Fatihah. Will miss you Tok’.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Istana Johor atau Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim, berhubung perkara itu.

Sementara itu, BERNAMA memetik pengesahan disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi yang melaporkan, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, mangkat semalam di London.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Enche’Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor,” menurut kenyataan ringkas RPO.

Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengesahkan kemangkatan itu menerusi laman Facebook baginda hari ini.

“Innalillahwainnailaihirojiun…ibu saya Hajah Khalsom baru kembali ke rahmatullah…al-Fatihah,” catat Tengku Puan Pahang.

Laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut memuat naik ucapan salam takziah atas kemangkatan bonda baginda. – BH ONLINE

Tags: kemangkatanSultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd