• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Enggan Ulas Spekulasi Gabenor Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) enggan mengulas mengenai spekulasi sama ada Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim, telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Khabar angin berhubung peletakan jawatannya telah tersebar di media sosial susulan berita yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr. Zeti AKhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor yang kelapan.

BNM sebelum ini terlibat dalam kontroversi berhubung pembelian tanah bernilai RM2 bilion yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kemelut 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kementerian Kewangan mengesahkan laporan yang disiarkan di Wall Street Journal dan Reuters yang mendakwa kementerian telah membuat pembayaran bagi pihak 1MDB untuk menunaikan obligasi membayar hutang tersebut.

Sumber bagi pembayaran tersebut termasuk penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar Kumulatif Boleh Tebus (RCCPS) oleh Khazanah Nasional Bhd. berjumlah RM1.199 bilion dan penjualan sebidang tanah kepada BNM berjumlah RM2.066 bilion. – BERNAMA

Tags: BNMGabenor Datuk Muhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd