Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

JPJ Pasang 50 Kamera...

KUALA NERUS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 50 lagi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara menjelang akhir...

Kerajaan Lulus Peruntukan RM200...

GUA MUSANG : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan RM200 juta...

4 Keluarga Tinggal Sehelai...

TAWAU - Kira-kira 20 orang daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila empat...

“4 Flat UiTM Bersamaan...

ADA orang tweet “4 flat dekat UiTM bersamaan dengan 2 pointer dekat UIA,...

Beri Kenyataan Dulu Baru Siasat? Macam Mana LGE Ni!

KENYATAAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu siasatan skandal Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dianggap tidak munasabah tanpa perlu disiasat terlebih dahulu.

Berikutan hal tersebut, bekas Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini berhubung  kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal.

“Dalam kenyataannya, beliau telah membuat tuduhan yang sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain. Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain.  

“Pemeriksaan kami menunjukkan bahawa CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan telah menyiapkan lebih daripada 10,000km saluran paip.

“CPPB juga adakah anak syarikat penuh milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation (CNPC), yang disenaraikan sebagai syarikat nombor empat terbaik pada 2017 di kalangan 500 Syarikat Terbaik Dunia (Fortune 500) dengan pendapatan sebanyak AS $ 263 bilion tahun lepas,” kata Lokman Noor Adam melalui laman sosial Telegram miliknya.

Tambahnya lagi, Guan Eng juga menuduh bahawa syarikat 100 peratus milik The Ministry of Finance (MoF) yang digunakan untuk tujuan khusus menyiapkan projek ini iaitu (SSER) mempunyai kaitan dengan Strategic Resources Corporation Bhd. SRC dan 1MDB.

Tuduhan tersebut disebabkan SSER mempunyai nama yang sama dengan (SRC) kerana perkataan “Strategic” dan “Resources” di dalamnya.

Namun, pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa SSER bukan anak syarikat SRC Bhd. tetapi dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan penuh kesemua 30,000,001 saham yang diterbitkan.

Antara sebab lain adalah Ketua Pegawai Eksekutif SSER, Dato Mohammed Azhar Bin Osman Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Putrajaya Perdana Berhad.

“Walaupun benar bahawa Jho Low dilaporkan telah membeli Putrajaya Perdana Berhad dan satu lagi syarikat tersenarai Loh and Loh Berhad pada 2007 dengan sokongan pihak Timur Tengah sebelum 1MDB wujud, Dato ‘Azhar adalah seorang veteran Petronas dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sejak 1979 termasuk sebagai pengarah di Petronas Gas dan Petronas Bhd.

“Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan tugas di SSER,” jelas Lokman Noor Adam lagi.


Ujarnya, tuduhan Guan Eng hari ini amat berat kerana MOF pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan Malaysia sebelum ini dalam melakukan perbuatan rasuah.

Secara tidak langsung, tuduhan tersebut juga memberi impak yang buruk kepada hubungan diplomatik dan perdagangan antara negara dengan China.

Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menyiasat terlebih dahulu jika berlaku salah laku berkenaan sebelum membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang berniat untuk terus memburukkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Tindakan Guan Eng dengan mengeluarkan kenyataan dahulu sebelum pergi ke China untuk menjalankan siasatan jelas tidak masuk akal dan sengaja menimbulkan kontroversi.

Macam begitu terdesak nak mengenakan kerajaan sebelum ini sampai hilang pertimbangan dan kewarasan dalam membuat tuduhan.

Tambahan pula, Guan Eng dilihat sengaja mencetuskan isu SSER supaya orang ramai boleh melupakan isu rasuahnya yang masih tidak selesai sehingga kini.

Selain usaha untuk memastikan rakyat lupa penipuan-penipuan dalam manisfesto mereka pada pilihanraya umum ke-14 lalu.

Persoalan pokok, bagaimana seorang yang masih terbabit kes rasuah boleh menyiasat isu skandal lain kononya terlibat dengan penyelewengan wang negara? – MYNEWSHUB.CC

Kategori