• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Jabatan Pasukan Khas Distruktur Semula

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menstruktur semula beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahbaikan, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telahpun mengadakan mesyuarat dan taklimat pertama dengan kepimpinan tertinggi PDRM hari ini untuk memperinci perkara tersebut.

“Saya telah dengar taklimat pertama tentang penstrukturan jabatan dalam PDRM hari ini termasuk beberapa pasukan ‘task force’ juga akan dibubarkan, sebab kita mahu ‘outcome’ yang lebih baik daripada PDRM.

“Keputusan (penstrukturan) akan diketahui dalam tempoh masa seminggu ke dua minggu lagi untuk mendapatkan beberapa lagi cadangan daripada PDRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini.

Beliau menjelaskan penstrukturan itu adalah untuk penambahbaikan PDRM agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan itu sekaligus mengembalikan imejnya sebagai pasukan yang dihormati sebelum ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara jabatan yang akan terbabit dalam penstrukturan semula itu ialah Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Kita akan buat penstrukturan semula dalaman dan rombakan semula,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama.

Menurutnya PDRM akan menyediakan laporan lengkap penstrukturan baharu itu dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen  – Muhyiddin

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen – Muhyiddin

27/06/2026
0

MUAR - "Tak apalah.. saya pun tak ada minta siapa nak bantu" Demikian reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd