Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ukraine Sorok Kokain...

GEORGE TOWN - Seorang wanita Ukraine ditahan bersama 2.1 kilogram (kg) kokain bernilai...

Krisis Politik Terengganu Kembali...

PETALING JAYA - Krisis politik yang tercetus akibat penarikan balik darjah kebesaran yang...

Mampu Tersenyum Selepas Sebahagian...

PAISLEY Morrison-Johnson yang dilahirkan dengan saiz lidah seperti orang dewasa akibat keadaan genetik, akhirnya...

Penjaja Terlepas Hukuman Mati

MELAKA : Seorang penjaja terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dilepas dan...

Bapa Michael Jackson Meninggal Dunia

AJAL… Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang juga pengasas kumpulan Jackson 5 meninggal dunia pada usia 89 tahun, menurut laporan media, semalam.

Laman web hiburan TMZ dan ET melaporkan, Jackson meninggal dunia pada pagi Rabu di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas bertarung dengan kanser.

Waris keluarga tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta untuk memberikan komen tetapi Jackson memberikan isyarat kematiannya menerusi laman sosial Twitter dua hari lalu.

“Saya melihat matahari terbenam lebih banyak daripada apa yang pernah saya lihat. Matahari terbit pada waktunya dan sama ada anda suka atau tidak ia akan terbenam bila tiba waktunya,” tulisnya.

Mendiang seorang bapa yang tegas kepada 11 orang anak, pernah bekerja sebagai tukang besi di Gary, Indiana tetapi mencipta sejarah muzik apabila menjadi pengurus berjaya selepas menubuhkan The Jackson 5 yang terdiri daripada anak-anaknya.


Anaknya yang paling terkenal Raja Pop Michael Jackson pernah mengalirkan air mata menceritakan kisah dipukul bapanya dengan tali pinggang sewaktu kecil dan secara terbuka memaafkannya seperti yang ditulis dalam wasiatnya. – AFP/BH ONLINE

Kategori