• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Negara Malaysia Akan Kekal Teguh – Zeti

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, percaya BNM akan kekal teguh dalam melaksanakan tugasnya sebagai bank pusat di sebalik peletakan jawatan Gabenornya, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“Bank pusat berkenaan adalah institusi yang kukuh yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di Menara Ilham, di sini, hari ini, selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Zeti, antara anggota majlis berkenaan, enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu dan berkata, beliau hanya akan memberikan komen kepada pihak yang berkenaan.

“Anda perlu tunggu dan lihat dan saya hanya memberikan reaksi kepada mereka yang terbabit,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, mengesahkan peletakan jawatan Muhammad yang dilantik sebagai Gabenor BNM kelapan pada 1 Mei 2016, menggantikan Zeti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bagaimanapun, belum membuat keputusan mengenai pengganti Muhammad kerana ia perlu mendapat kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

UOB Kay Hian Securities dalam nota kajiannya berkata, berita sudah tersebar bahawa bekas Timbalan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, mungkin antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi Gabanor bank pusat itu jika Muhammad meletak jawatan.

“Pelantikan Nor Shamsiah akan memastikan kesinambungan pendekatan berhemah dan pragmatik BNM dalam merumus dasar selain mengekalkan keyakinan terhadap kestabilan sistem kewangan kita,” kata firma penyelidikan itu.

Firma penyelidikan itu berkata, ini kerana, Nor Shamsiah sudah bekerja di BNM selama 29 tahun dan memainkan peranan penting dalam menyediakan dan mengimplementasi Pelan Utama Sektor Kewangan bagi pembangunan sistem kewangan Malaysia dari 2001 hingga 2010.

Menurut UOB Kay Hian, sebelum meninggalkan BNM, beliau adalah Timbalan Gabenor dari 2010 hingga 2016 dan menjadi antara calon berpotensi untuk menggantikan Zeti sebagai Gabenor BNM pada 2016 memandangkan pengalamannya dan kekananannya di BNM.

“Kerana itu, kami tidak terkejut dengan laporan yang menyebut beliau adalah calon berpotensi untuk menggantikan Muhammad,” tambah firma penyelidikan berkenaan. – BERNAMA

Tags: BNMGabenor Datuk Muhammad IbrahimZeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd