• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Tak Akan Hantar Atlet Kategori B Ke Sukan Asia

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan pemain badminton dalam kategori A sahaja layak beraksi di Sukan Asia 2018 di Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan badan induk sukan itu tidak menghantar atlet dalam kategori B kerana Sukan Asia bukan platform untuk memberi pendedahan kepada pemain sebaliknya temasya sukan yang mempunyai standard tinggi di peringkat Asia.

“Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluluskan 10 pemain lelaki dan empat wanita, empat jurulatih dan seorang pengurus pasukan di bawah kategori A. BAM akan mengemukakan rayuan untuk menambah enam lagi pemain kategori B untuk diserapkan dalam kategori A termasuk penambahan dua jurulatih.

“Jika rayuan tidak diterima, BAM tidak akan menghantar pemain di bawah kategori B. MOM meletakkan panduan hanya empat pemain terbaik Asia sahaja yang layak diserapkan dalam kategori A. Pemain yang dipilih mestilah berpotensi untuk memenangi pingat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Senarai nama pemain badminton yang diluluskan MOM bagi kategori A ialah Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Leong Jun Hao (perseorangan lelaki), Tan Wee Kiong-Goh V Shem, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai, (beregu campuran) ,Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita).

Pemain kategori B yang dicadangkan dalam rayuan kepada MOM ialah Soniia, Goh Jin Wei, Lee Ying Ying, S.Kisona dan satu lagi beregu wanita yang akan dipilih namun masih dalam pemilihan BAM.

Penyertaan dalam kategori A menyaksikan atlet akan diberikan tajaan penuh manakala kos atlet kategori B perlu ditanggung pihak persatuan masing-masing.

Bagaimanapun, perbelanjaan atlet kategori B itu akan dibayar semula sekiranya atlet persatuan sukan berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa. – BERNAMA

Tags: BAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Irwan Serigar Bukan Lagi Pengerusi TDA

Next Post

Hanya 648 Pekerja Bangladesh Masuk Malaysia

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Hanya 648 Pekerja Bangladesh Masuk Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd