• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Lulus Permohonan Bawa Pulang Sirul

oleh AK-47
09/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AUSTRALIA meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis yang disabitkan bersalah bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Akhbar Britain, The Guardian yang memetik sumber melaporkan, Australia sudah memberi lampu hijau kepada selepas kerajaan baharu Malaysia bersetuju untuk menanggung kos bagi membawa pulang Sirul Azhar.

Laporan itu menyebut, Sirul Azhar yang melarikan diri ke Australia pada 2014 dan kini ditahan di pusat tahanan Villawood kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh had visa pelancong, dijangka meninggalkan negara itu dalam tempoh sebulan.

Ia turut berkata, kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes bunuh Altantuya.

Pada pada 9 April 2009, Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, kedua-duanya anggota Unit Tindak Khas polis, dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Bagaimanapun, pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul dan Azilah sekali gus Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan selepas membenarkan rayuan pendakwa raya dalam kes itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Sirul Azhar kemudian melarikan diri ke Australia tetapi ditahan pihak imigresen negara itu dan kini ditempatkan di pusat tahanan di sana.

Azilah kini masih dipenjara dan menunggu pendengaran rayuannya untuk mendapat pengampunan. – Utusan Online

Tags: ekstradisiSirul Azhar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr. Idris Calon Menteri Besar Selangor Baharu?

Next Post

Dua Serangan Udara Ragut 40 Nyawa Di Syria

Related Posts

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

12/01/2024
0

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia berusia 41 tahun yang ditahan di Laos...

Sirul Azhar Dipakai Peranti Pemantauan

Sirul Azhar Dipakai Peranti Pemantauan

28/11/2023
0

PETALING JAYA: Bekas anggota Polis Diraja Malaysia Malaysia, Sirul Azhar Umar yang dilepaskan pusat tahanan imigresen di Australia dilaporkan dipakaikan...

Next Post

Dua Serangan Udara Ragut 40 Nyawa Di Syria

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd