Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Rangka Kertas Pemeriksaan...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang merangka kertas pemeriksaan bagi memantapkan...

Maklumat Tidak Tepat Punca...

KUALA LUMPUR - Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber...

Lelaki Mabuk Terjatuh Dalam...

KLIP video seorang lelaki diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam saliran tandas...

Anggota Tentera Ditahan Bantu...

LAHAD DATU - Polis malam tadi menahan seorang anggota tentera bagi membantu siasatan...

Ashraf Muslim, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

PELAKON Ashraf Muslim berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon tinggi lampai itu menerusi laman Instagram miliknya memberitahu isterinya itu dijadualkan melahirkan anak mereka pada September ini memandangkan kandungan mencecah usia tujuh bulan.

“Sejujurnya, saya tidak pernah merancang dan semua ini adalah ketentuan Allah. Kehadiran anak ini saya anggap sebagai satu amanah untuk diterima dan dijaga sebaik-baiknya,” ujar Ashraf.

Bukan itu sahaja, Ashraf turut mendoakan agar selepas ini giliran isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pula hamil setelah melahirkan anak pertama mereka, Anas Ashraf yang kini memasuki usia tiga tahun.

“Keakraban antara Dayana dan Sakinah mewujudkan sebuah hubungan keluarga yang harmoni meskipun ada netizen meninggalkan komen berbaur negatif.


“Saya juga bersyukur kerana kedua-dua isteri saya saling mengambil berat antara satu sama lain dalam memastikan keluarga kami hidup bahagia,” jelasnya.

Perkahwinan Ashraf atau Muhd. Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah sebelum ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf dan Adam Ashraf. – MYNEWSHUB.CC

Kategori