• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS, Kanada, Mexico Hos Bersama Piala Dunia 2026

oleh
14/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Piala Dunia 2026 bakal diadakan secara bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada setelah disahkan Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Majoriti 67 peratus daripada 203 anggota FIFA bersetuju pada kongres diadakan Moscow, Rusia sempena Piala Dunia 2018 lewat semalam untuk menyokong bida pertandingan di tiga negara berjiran itu bagi temasya tersebut.

Ini bermakna lawan tunggal mereka iaitu Maghribi gagal buat kali kelima untuk muncul sebagai negara benua Afrika yang kedua dapat menjadi hos Piala Dunia selepas kejayaan dirintis oleh Afrika Selatan pada tahun 2010 lalu.

Tawaran tiga buah negara rantau Amerika Utara itu berjaya mengumpul sebanyak 134 undi berbanding hanya 65 undi bagi Maghribi. Seorang anggota kongres tersebut bagaimanapun dilaporkan mengundi untuk berkecuali.

Kejohanan 2026 akan menjadi kejohanan pertama yang menampilkan 48 pasukan, lebih daripada cuma 32 pasukan yang ada pada masa ini. Ia diadakan sehari menjelang Piala Dunia tahun ini bermula di Rusia pada 14 Jun.

Terdahulu kedua-dua tawaran tersebut diberi peluang terakhir untuk mengemukakan kes masing-masing dengan sesi penyampaian masing-masing selama 15 minit di hadapan kongres berlangsung di Moscow Expocentre.

Dalam sesi itu, pihak Amerika Utara berikrar bahawa kejohanan di tiga negara mereka bakal menjana keuntungan sebanyak AS$11 bilion kepada FIFA, manakala Maghribi menyatakan bahawa negaranya akan raih AS$5 bilion.

Meskipun ia bakal menjadi kejohanan pertama dihoskan oleh tiga buah negara, tetapi kebanyakan pertarungan akan diadakan di AS. Kali terakhir Piala Dunia dianjurkan hos bersama ialah Korea Selatan dan Jepun pada tahun 2002.

Untuk rekod, AS pernah menjadi tuan rumah pada 1994, manakala Mexico pula sebanyak dua kali iaitu pada 1970 dan 1986, namun hanya Kanada tiada pengalaman menganjurkan kejohanan berprestij empat tahun sekali itu.

Daripada 80 perlawanan dirancang, 10 perlawanan akan diadakan di Kanada, 10 di Mexico dan 60 di AS dengan perlawanan akhir di MetLife Stadium di New Jersey, padang kepada New York Giants NFL dan New York Jets.

Piala Dunia 2022 bakal berlangsung di Qatar, sebagai negara rantau Asia Barat pertama yang menganjurkannya dengan keseluruhan 64 perlawanan dan melibatkan lapan buah stadium. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FIFAPiala Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd