• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arahan Guna Tukang Masak Tempatan Perlu Dikaji

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan melaksanakan peraturan hanya warga tempatan dibenar menjadi tukang masak di restoran bermula tahun hadapan perlu dikaji dengan lebih teliti.

Peraturan itu walau dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing dan menjaga kualiti makanan, namun tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengusaha industri itu berpendapat ia tidak wajar dilaksanakan secara mendadak.

Ketua Eksekutif Kumpulan Restoran Kayu Nasi Kandar, Sirajudin Mohamed Mydin berkata pelaksanaan peraturan itu perlu mengambil kira masalah yang akan dihadapi pengusaha restoran tempatan, khususnya untuk mencari pengganti tukang masak dalam masa singkat.

“Ia tidak mudah bagi kami (pengusaha makanan) untuk mencari tukang masak yang bagus dalam masa yang singkat. Bagaimanapun kami boleh melatih pekerja baharu (tempatan) tetapi ia mengambil masa untuk mendapatkan kemahiran memasak itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menteri Sumber Manusia, M. KulaSegaran pada Jumaat (22 Jun) dilapor menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan di restoran masing-masing dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.

Kenyataan itu menyebabkan pelbagai kritikan dilemparkan kepada beliau dalam media sosial, sebelum beliau semalam dilapor menjelaskan bahawa arahan itu masih pada peringkat cadangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan pihak berkepentingan sebelum arahan lanjut dilaksanakan.

Seorang pengusaha restoran tempatan, Jemain Sakat, 54, berpendapat cadangan itu adalah wajar, namun tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana faktor kekangan tenaga fizikal daripada warga tempatan sendiri.

“Orang kita (tempatan) tidak mahu bekerja lebih masa dan kekuatan fizikal tidak sama dengan pekerja asing selain faktor gaji dan kebanyakan mereka lebih memilih hotel sebagai destinasi kerjaya,” katanya yang telah mengusahakan perniagaan makanan selama 10 tahun.

Peniaga restoran dan tukang masak, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, 28, bersetuju cadangan polisi itu dilaksanakan sekiranya kemahiran memasak serta komitmen warga tempatan setaraf dengan warga asing.

“Sukar nak jumpa mereka (warga tempatan) yang sanggup bekerja lebih daripada lapan jam,” katanya. – BERNAMA

Tags: restorantukang masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd