• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Gembira Tapi Salah Pulang Hampa

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VOLGOGRAD – Arab Saudi meraih kemenangan pertama di Piala Dunia 2018 selepas menundukkan Mesir 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Arab Saudi menduduki tempat ketiga dalam carta kumpulan, meraih kemenangan tunggal selepas rekod buruk dalam dua perlawanan awal termasuk dibelasah tuan rumah Rusia 5-0.

Namun, keputusan itu juga adalah kekecewaan pahit bagi Mesir, dengan penyerang berbisa Liverpool, Mohamed Salah tidak mampu untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut negaranya.

Salah meledak gol pembukaan pada minit ke-22, namun kelebihan itu dihapuskan dengan gol penyamaan Arab Saudi menerusi Salman Al-Faraj pada penghujung babak pertama.

Impian Mesir untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam kempen Piala Dunia lebur selepas Salem Al-Dawsari meledak gol kemenangan Arab Saudi pada masa kecederaan.

Penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary menjadi pemain tertua pernah muncul di Piala Dunia pada usia 45 tahun. – Reuters

Tags: Arab SaudiMohamed Salah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd