Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Bomba Sedia Bantu Tangani...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia bekerjasama dengan agensi...

Jerebu Boleh Diatasi Dengan...

MEDAN - Unit Makmal Tanah Gambut Tropika yang berpangkalan di Sarawak, Malaysia bersedia...

Insinerator RM1 Bilion Atasi...

MELAKA - Sebuah insinerator baharu bernilai RM1 bilion akan dibina di Tapak Pelupusan...

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu...

ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di...

Apa Motif Ada Pihak Mahu Juga Mansuh Mavcom?

BIAR BETUL?… Awal minggu ini, industri penerbangan tempatan gempar apabila tiga operator udara tempatan ‘bising’ desak agar dihapuskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Secara kebetulan media tempatan menyiarkan berita itu dua hari berturut-turut bermula dengan AirAsia sebelum dikecohkan lagi oleh syarikat penerbangan carter, Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. dan Suasa Airlines Sdn. Bhd.

Sesuatu agak menarik diperhatikan nada mereka macam sama seolah-olah ada perancangan teliti pihak tertentu dengan agenda tersirat mahu kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) untuk bertindak memansuhkan Mavcom.

Entah apa mimpi mereka setelah pelbagai pihak sebelum itu lantang kritik Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) akhir bulan lalu, yang turut meminta kerajaan PH untuk membubarkan agensi berkenaan.

Bayangkanlah yang bantah usaha ‘bodoh’ 4PAM itu bukan calang-calang waima daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri menyokong Mavcom terus beroperasi.

Peliknya, ibarat tiada hujan atau ribut tiba-tiba pokok pula boleh bergoyang, begitulah senario sama berlaku semula apabila AirAsia yang diketahui kurang mesra dengan Mavcom sejak tahun lalu lagi, kali ini bersuara lebih lantang.

Dengan beri alasan pelik konon Mavcom gagal fungsi sebagai pelindung hak pengguna, dalih syarikat penerbangan tambang rendah itu ‘dinyanyikan semula’ Eaglexpress Air dan Suasa Airlines pada keesokan hari macam isu besar.

Hakikatnya, ramai maklum AirAsia sengaja ‘perang’ dengan Mavcom sebagai dendam kerana gagal dapat hak trafik udara (ATR) untuk dua laluannya, walhal ia sudah selesai dengan baik termasuk melibatkan operator udara lain.

Bagi yang faham dengan permainan AirAsia, Mavcom sebenarnya sengaja dijadikan ‘kambing hitam’ untuk tutup kelemahan syarikat itu selepas teruk dikritik pengguna kerana isu caj tersembunyi RM3 pada tiket penumpangnya.

Baca: Tiba-Tiba Desak Mahu Hapus Mavcom! Kenapa Takut Ke?

Justeru, AirAsia alih perkara itu dengan menjadikan pula isu caj servis penumpang (PSC) yang disetarakan Mavcom antara KLIA2 dengan semua lapangan terbang tempatan awal tahun ini, sebagai ‘modal’ untuk hentam agensi itu.

Malangnya isu PSC tidak dapat sambutan bahkan semua pihak terima positif langkah penyeragaman caj itu bagi elak subsidi bersilang antara lapangan terbang yang tidak beri keadilan kepada penumpang bukan pengguna KLIA2.


Gagal memainkan sentimen isu tersebut, pembabitan dua buah syarikat penerbangan lain yang memang diketahui ada masalah, tampak ‘semarak’ lagi kempen untuk desak kerajaan supaya segera memansuhkan Mavcom.

Ia mungkin agak lucu dan gabungan mereka bertiga ini mendakwa konon fungsi Mavcom sama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); yang sebelumnya disebut Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sekali pandang mungkin ada menyangka ada pertindihan bidang kuasa tetapi realitinya Mavcom dan CAAM adalah dua entiti berbeza peranan berdasarkan masing-masing ada Akta Mavcom 2015 dan Akta Penerbangan Awam 1969.

Mudah cakap untuk lebih faham mungkin sesuai digunakan analogi polis sebagai penguat kuasa tangkap penjenayah tetapi pihak pendakwa raya yang akan putuskan kes itu sebelum mahkamah pula bakal sabit kesalahan tertuduh.

Maka dakwaan konon Mavcom ‘rampas’ kerja CAAM menjaga hak pengguna industri penerbangan itu sebenarnya boleh dianggap aneh, kecuali operator udara terbabit ada motif untuk bebas daripada kongkongan dikawal selia!

Jika betul itulah niat mereka, sebenarnya ia sekali gus membuktikan Mavcom sebenarnya selama ini berjaya jalan tugas memelihara hak penumpang pesawat komersial yang dieksploitasi syarikat penerbangan tertentu sesuka hati.

Setakat ini kerajaan PH tidak layan tuntutan mereka dan sedar kepentingan pengguna wajar dipelihara daripada biar sektor penerbangan komersial jadi kacau bilau dikawal syarikat penerbangan tertentu. – Mynewshub.tv/HAA

Kategori