• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Narkotik Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 15 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi, mangsa Sarjan Mejar Mohd Nor Abd Rashid, 59, disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian dada dan dalaman.

Beliau berkata kemalangan tersebut membabitkan Proton Saga FLX yang dinaiki mangsa dan Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki dari arah Seremban menghala ke Rembau.

“Mangsa menaiki kereta bersama isteri dan seorang anak dalam perjalanan menghala ke Seremban sebelum berlaku pertembungan sebaik tiba di tempat kejadian.

“Isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Anuar bakri berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: anggota poliskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd