• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Kumpulan Bersenjata Pattani Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan bersenjata dalam satu insiden berbalas tembakan awal pagi tadi.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Sulaiman Muhamad, 37, atau ‘Pak Su’ ditembak mati dalam sebuah rumah di Kampung Karubi, daerah Kapo di sini kira-kira 4 pagi tadi (waktu tempatan).

“Lelaki itu ditembak mati selepas berlaku insiden tembak-menembak selama kira-kira 10 minit. Sepucuk senapang patah turut ditemui di sisinya,” kata Ketua Kompeni Renjer ke-44 Kol Phumipat Boonreangkhao di sini, hari ini.

Anggota keselamatan katanya, bertindak mengepung rumah berkenaan dan meminta lelaki terbabit yang berasal dari Resak di Narathiwat untuk menyerah diri, tetapi beliau enggan dan cuba melarikan diri sebelum ditembak mati.

Pihak keselamatan turut meminta bantuan pemimpin tempatan memujuk Sulaiman supaya menyerah diri, katanya.

Ketua Tentera Bahagian Ke-4 Lt Jen Piyawat Nakwanich turut bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan. – BERNAMA

Tags: ditembak mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Penjenayah Warga Vietnam Ditembak Mati Di Jalan Imbi

Empat Penjenayah Warga Vietnam Ditembak Mati Di Jalan Imbi

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar...

Harimau Kumbang Serang Anggota Perhilitan Ditembak Mati

10/12/2021
0

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak terpaksa menembak seekor harimau kumbang jantan yang menyerang kakitangan agensi terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd