• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Malaysia Cipta Sejarah Sumbang Gol MLS

oleh
05/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT Malaysia yang bermain bagi pasukan bola sepak Amerika Syarikat melakar sejarah apabila berjaya menjaringkan gol di Major League Soccer (MLS) semalam.

Wan Kuzain Wan Kamal, mewakili pasukan Kansas City meledakkan gol pada minit ke-34 setelah masuk menggantikan Yohan Croizet pada minit ke-18, lapor Berita Harian.

Keadaan kelam-kabut dalam kawasan kotak penalti bijak digunakan Kuzain mencipta gol hasil hantaran silang rendah sebelah kanan Graham Zusi menerusi penyudah kaki kiri untuk pasukannya kembali mendahului 2-1.

Wan Kuzain Wan Kamal (kiri) berjaya meledakkan gol pada minit ke-34.

Dalam pada itu, pemain berusia 20 tahun itu tidak menyangka sepakannya itu membuahkan hasil dan diketahui selepas mendengar jeritan gol.

“Saya membuat sentuhan yang baik dan Peter (Vermes) memberitahu kata ianya gol. Jadi saya mendengarnya menjerit apabila gol,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut Kansas City telah berjaya menewaskan  Minnessota United 4-1.

Tiga lagi gol lain Kansas City disumbangkan oleh Daniel Salloi, Cristian Lobato dan Diego Rubio sekli gus mengekalkan rekod tanpa kalah kelima berturut-turut.

Terdahulu, Kuzain membuat penampilan sulung semasa aksi pertama menentang Columbus Crew SC.

Melalui dua perlawanan yang telah dilaluinya ini mampu memberi pencapaian yang baik bagi perlawanan akan datang.

“(Ia perasaan) lebih hebat (berbanding kali pertama menandatangani kontrak bersama Kansas City) dan sukar untuk digambarkan,” kata Kuzain selepas perlawanan.

“Ia amat bermakna dan semoga lebih banyak kejayaan mampu dicapai selepas ini.”

Pemain yang dibentuk di Akademi Bola Sepak St. Louis Scott Gallagher itu mula menjadi tum­puan rakyat Malaysia selepas dia dipilih menjalani latihan bersama pasukan Bawah 17 tahun (B-17) AS pada 2015.

Wan Kuzain mula menyertai akademi Spor­ting (2016), sebelum ke Swope Park Rangers (SPR) pada 2017 untuk beraksi dalam Liga Bola Sepak United (USL) di AS. Dia muncul sebagai pemain Malaysia pertama merangkul trofi Kejohanan Persidangan Barat USL pada November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: golKuzainMLS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengapa DAP Paling Berpengaruh Dalam PH?

Next Post

KPDNKK Sarawak Terima 47 Aduan Pengguna

Related Posts

FIFA Kagum Gol Safawi

FIFA Kagum Gol Safawi

01/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan Solomon terus menarik perhatian dunia, kali ini...

Rooney Tempat Ke-9 Gaji Tertinggi Dalam MLS

25/10/2018
0

KETIKA berada dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) mungkin status sebagai pemain pilihan antara faktor untuk menerima gaji tertinggi di kelab...

Next Post

KPDNKK Sarawak Terima 47 Aduan Pengguna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd