• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Lapor SPRM Berhubung Penyelewengan Felda

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat tiga laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membabitkan bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa entiti lain.

Timbalan Presiden Anak, Mohd Nasaie Ismail berkata laporan pertama adalah mengenai penjualan 51 peratus saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures (FGV) pada harga RM2.2 bilion atau RM19.61 sesaham pada 2013.

Bagaimanapun, katanya, Felda Badan Berkanun yang turut menjual 49 peratus pegangannya dalam FHB, menerima bayaran RM5.7 bilion atau RM52 sesaham daripada FGV.

“Kami minta SPRM buka siasatan terhadap semua yang terlibat iaitu Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda dan FGV ketika itu, serta pengerusi dan lembaga pengarah KPF atas keraguan berlakunya pecah amanah sehingga KPF rugi berbillion ringgit,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Menurutnya firma penyelidikan saham TA Securities dan Kenanga Research menganggarkan nilai pasaran 51 peratus saham KPF itu sepatutnya berharga antara RM3.2 bilion sehingga RM4.08 bilion.

“Ini bermakna KPF menerima bayaran kurang RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion. Dokumen hasil penyelidikan firma tersebut turut kami serahkan kepada SPRM hari ini,” katanya.

Mohd Nasaie berkata dua lagi laporan membabitkan kes yang pernah dilaporkan kepada SPRM sebelum ini iaitu isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corp. (FIC) dan pembelian Eagle High Plantation milik Rajawali Group Indonesia oleh FIC Properties.

“Kami melaporkan semula kedua-dua kes ini berikutan tiada tindakan lanjut diambil sebelum ini dan kami menyahut seruan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Datuk Seri Mohd Shukri Abdull) yang menyatakan kesediaan SPRM untuk membuka siasatan terhadap kes-kes lama,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian tiga hotel oleh FIC di London, Kuching dan Kota Kinabalu yang dibeli lebih tinggi daripada nilai pasaran.

“Walaupun dalam kes ini sudah ada tangkapan dan siasatan dilakukan terhadap Mohd Isa dan beberapa pegawai kanan, namun belum ada pendakwaan dibuat,” katanya.

Dalam isu Eagle High Plantation pula, Mohd Nasaie berkata tindakan FIC Properties membeli syarikat perladangan itu mendapat kritikan penganalisis pasaran apabila ia dibeli pada harga RM2.26 bilion, jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

“Apabila kita melawat kawasan ladang ini, ia bukan lokasi yang baik kerana tanahnya paya gambut dan masih banyak lagi proses penanaman semula yang perlu dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makin Jelas PH Mahu Siapa Jadi Presiden UMNO

Next Post

Tulis Lagu Buat Suami, Dayah Selamat Dinikahkan

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

Tulis Lagu Buat Suami, Dayah Selamat Dinikahkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd