• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amirudin Tidak Dapat Restu PH Jadi Menteri Besar

oleh Haris
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTIKAN Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan tidak mendapat restu Pakatan Harapan (PH) dan hanya dipersetujui oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad yang turut disenarai pendek untuk memegamg jawatan itu, hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan dalam semua parti di bawah PH.

“Saya ada sokongan semua parti dalam PH manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali,” katanya memetik laporan portal Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Menguatkan lagi dakwaannya, doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan surat sokongan terhadapnya yang ditandatangani oleh empat parti di bawah PH.

Surat-surat yang ditulis pada bulan Jun itu mengesahkan sokongan pimpinan PH terhadap Idris untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Azmin.

Surat sokongan tersebut ditandandatangani secara berasingan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari; Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Dalam pada itu, Idris berkata nama dua lagi calon yang disenarai pendek untuk jawatan itu, Amirudin dan ADUN PKR Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin hanya dikemukakan selepas pihak Istana Selangor meminta tiga nama calon.

Ujar Idris, pada asalnya nama beliau berada dalam kedudukan teratas untuk menggantikan Azmin yang mengambil tugas Menteri Hal Ehwal Ekonomi berbanding Amirudin dan Dr. Shaharuddin.

Bagaimanapun, Idris berkata Azmin bertindak sendirian dan seolah-olah tidak mahu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, terdapat ura-ura dalam PH mahu saya menjadi Menteri Besar Selangor dan dua hari selepas kita menang serta dalam suasana gembira meraikan kemenangan itu, tiba-tiba calon Menteri Besar Selangor baharu pula telah diumumkan tanpa restu parti yang lain.

“Saya tidak mahu jadi gentleman lagi, beliau (Azmin) pergi ke sana secara sendiri.

“Hanya satu nama dicadangkan iaitu nama saya. Malah, saya mendapat restu daripada semua komponen PH dan surat itu telah dihantar kepada Sultan Selangor,” katanya seperti dipetik sebuah akhbar tempatan.

Jelas Idris, pelantikan jawatan tersebut melalui proses sama ketika Azmin dilantik menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim apabila Istana Selangor meminta mengemukakan tiga nama calon.

Tambah Idris, beliau sedar peluangnya untuk menjadi menteri besar negeri itu yang baharu berakhir apabila beliau tidak dimaklumkan untuk hadir pada majlis istiadat angkat sumpah di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Sementara itu, Dr. Shaharuddin dalam satu kenyataan berasingan menyambut baik pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Berbeza dengan pendapat yang dikemukakan Idris, Dr. Shaharuddin mempertahankan kepimpinan Azmin sepanjang tempoh pemerintahan beliau di Selangor.

“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam tempoh pemerintahan beliau memegang amanah sebagai Datuk Menteri Besar Selangor telah meletakkan asas yang cukup kukuh membangunkan negeri dan rakyat Selangor.

“Saya yakin berdasarkan pengalaman cemerlang di Selangor bahawa Dato Seri Mohammed Azmin Ali akan mampu menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk meningkatkan lagi potensi pembangunan ekonomi negara,” ujarnya.

Isu ini jelas menunjukkan masalah dalaman yang dilalui PH apabila setiap parti dibawahnya tidak mempunyai persefahaman yang baik serta wujud kem perpecahan di dalamnya.

Seperti yang telah diketahui, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan telah nampak tandanya sebelum PH menakluki Putrajaya pada pilihan raya umum yang lalu.

Justeru, keupayaan PH untuk mentadbir negara juga menjadi persoalan dalam kalangan rakyat memandangkan kerajaan negeri yang ditadbirnya juga mempunyai masalah dalaman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amirudin ShariDatuk Seri Azmin AliMenteri Besar Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

03/04/2026
0

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili...

Dakwaan Pegawai Miliki Banglo RM3 Juta: Pejabat MB Selangor Sifatkan Tuduhan Berniat Jahat, Bermotif Politik

Dakwaan Pegawai Miliki Banglo RM3 Juta: Pejabat MB Selangor Sifatkan Tuduhan Berniat Jahat, Bermotif Politik

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor menyifatkan dakwaan ke atas seorang pegawai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd