• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amirudin Mulakan Tugas Rasmi Pertama MB Selangor

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini kira-kira 7.50 pagi sebelum mengetik kad perakam waktu pertamanya sebagai Menteri Besar.

Ketibaan Amirudin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, disambut beberapa Exco kerajaan serta ketua jabatan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Amirudin kemudiannya beramah mesra dengan beberapa Exco berkenaan di pejabatnya dan dijadualkan mendengar beberapa taklimat daripada pegawai kanan kerajaan negeri.

Pada sebelah petang, Amirudin dijadual mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam, Amirudin, 38, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Amirudin merupakan Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. – BERNAMA

Tags: Amirudin ShariMenteri Besar Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd