• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalkan Air Cukup, Sazzy Tegah Ambil Pil Kurus!

oleh
30/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA apa dalam dunia ini yang ada jalan mudah termasuklah untuk dapat tubuh badan langsing. Kunci utamanya ialah dengan ambil pemakanan yang teratur serta amalkan gaya hidup sihat.

Antaranya Sazzy Falak sememangnya tidak galak sesiapa yang mahu tampil langsing dengan cuba jalan pintas iaitu makan pil kurus tanpa kajian menyeluruh kerana ia akan beri kesan negatif kepada tubuh badan kelak.

“Tiada istilah magis pada ubat kurus kerana ia tidak mampu beri kesan dalam tempoh singkat. Sekiranya benar pil kurus berkesan, ia harus diiringi dengan pemakanan seimbang dan senaman.

“Memang ada yang jual (pil kurus), malah ramai juga yang percaya. Namun secara jujurnya saya katakan di sini, pil kurus tidak beri impak seperti diuar-uarkan,” katanya dipetik portal BH Online.

Walaupun ada segelintir masyarakat yang anggap bahawa senaman harus dilakukan secara berlebihan, ia sebenarnya salah sama sekali kerana setiap hari, hanya 45 minit sahaja masa diperlukan untuk bersenam.

Malah ujar aktres itu lagi, ketika beriadah di rumah juga seseorang itu dapat melakukan senaman walaupun hanya dengan mengemas rumah.

Bagi ahli perniagaan itu juga, dia lebih gemar untuk melakukan senaman angkat berat.

Selain itu, pengambilan air masak dalam kuantiti yang secukupnya turut menjadi rahsia penjagaan tubuh badannya setiap hari.

“Paling utama adalah jadi seorang yang teratur dalam urus gaya hidup sihat. Bagi saya, penyusunan jadual cukup penting bagi memastikan banyak perkara dapat diselitkan menjadi aktiviti harian.

“Apatah lagi, saya dan suami amal perancangan awal. Contohnya seperti sebulan, setahun dan seminggu sebelum (sesuatu aktiviti dilakukan) bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Sazzy telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Nazril Idrus pada November 2006 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Iman Lily dan Tiara Rose yang kini sudah berusia 7 tahun. – Mynewshub.tv/AH

Tags: NetizenSazzy Falak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd