• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Quran Panduan Lengkap Kehidupan Umat Manusia

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penganjuran ‘Quran Hour’ amat signifikan bagi menilai sejauh mana hubungan serta interaksi umat Islam dengan kitab suci yang merupakan panduan lengkap kehidupan itu.

Baginda bertitah program itu memberi impak yang hebat terhadap pembudayaan al-Quran dalam kehidupan umat Islam, perubahan cara berfikir serta kekuatan dan penyucian jiwa untuk sentiasa kembali berpegang kepada kitab Allah.

“Kita juga perlu berlumba-lumba membuat kebaikan dan mencari keredaan Ilahi dan ia tidak terbatas kepada sesama manusia malah kepada segala isi kandungan alam,” titah baginda selepas melancarkan WORLD #QuranHour peringkat negeri anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis (PPANPs) di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

Program disertai kira-kira 400 orang termasuk pelajar sekolah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Bacaan ayat suci serta terjemahan Surah al-Hujurat disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahril Mohd Syukri dan Ustaz Syed Abdullah Idid Syed Salim Idid dari Jabatan Mufti Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mengurniakan sumbangan bahan bacaan kepada perpustakaan masjid berkenaan.

Baginda turut menyeru rakyat memanfaatkan Perpustakaan Desa, Perpustakaan Cawangan dan Pekan, Perpustakaan Komuniti UTC, Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Bestari Samsung di negeri ini, yang dilengkapi lebih 4,000 e-book yang boleh diakses pada bila-bila masa. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd