Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Militan IS Mara Ke...

DAMSYIK - Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane...

MIB: AS1M Pupuk Budaya...

PUTRAJAYA - Seramai 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapatan isi rumah 40...

Obama Tersepit, Republican Kuasai...

WASHINGTON DC - Parti Republican sekali lagi mencipta kemenangan besar menguasai Senat Amerika...

Hutang RM1 Trilion Bakal...

KUALA LUMPUR - Momokan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung status hutang negara...

Akibat Diasak CEP, 2 Hakim Utama Negara Berundur!

TEKANAN… Dunia perundangan negara sekali lagi menyaksikan campur tangan pihak kerajaan mengulangi krisis pada 1988 apabila ketika itu Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dipecat.

Namun kali ini, dua hakim utama diasak oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin iaitu ‘orang kuat’ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu untuk undur atau dipecat.

Tindakan keterlaluan CEP itu menerima kritikan keras banyak pihak berkaitan antaranya bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram selain Majlis Peguam Malaysia kerana dianggap melangkaui doktrin pemisahan kuasa.

Malahan beberapa peguam hak asasi manusia tempatan menyifatkan langkah Daim itu adalah penghinaan terhadap institusi kehakiman negara yang terpaksa tunduk kepada kuasa eksekutif dan memalukan imej kerajaan baharu.

Ia juga tidak menepati janji Pakatan Harapan (PH) konon tidak mahu mengulangi pentadbiran tidak berintegriti kerajaan lama Barisan Nasional (BN) selain mempersoalkan CEP bukanlah satu entiti sah dari sudut perundangan.

Bagaimanapun akibat tidak mahu mencetuskan krisis besar, Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa 31 Julai ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, mereka berdua telah mengutuskan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.


“Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka pada 8 Jun lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu,” kata kenyataan itu di Putrajaya.

Kenyataan pejabat tersebut menambah bahawa pada 15 Mei lalu, Raus dan Zulkefli telah bertemu sendiri dengan Perdana Menteri dan kedua-dua mereka telah menyampaikan hasrat untuk melepaskan jawatan masing-masing.

“Namun, mereka memaklumkan Perdana Menteri bahawa perletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori