• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman Enggan Ambil Tahu Urusan Peribadi Fathia

oleh
05/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Aiman Hakim Ridza lebih selesa untuk tidak mengambil tahu atau campur tangan berhubung kontroversi yang melanda bekas kekasihnya, Fathia Latiff.

Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, berkata, lebih baik dia tidak ambil tahu masalah orang lain kerana semua yang berlaku itu tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Bukan masalah saya untuk ambil tahu apa yang berlaku. Memang saya terdengar beberapa isu dikaitkan dengan Fathia, tetapi saya bukan jenis yang suka menjaga tepi kain orang lain.

“Daripada ambil peduli gosip mengenai yang diperkatakan, lebih baik saya fokus kepada diri dan kerjaya,” katanya memetik BH Online.

Meskipun sudah lama berpisah namun pelakon berusia 29 tahun itu mengakui dirinya masih lagi berkawan dan hubungan dengan bekas kekasihnya itu masih baik.

Malah Aiman memberitahu , dia juga masih belum bersedia mencari pengganti selepas hubungan mereka kecundang di pertengahan jalan.

Jelasnya, bukan kerana kecewa sebaliknya dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya berbanding memikirkan soal cinta.

“Kami masih berkawan, cuma tidak lagi berhubung. Malas fikir mengenai cinta kerana ada hal lain yang lebih penting. Saya selesa begini, biarpun masih sendiri.

“Saya perlu fokus kepada kerjaya kerana banyak perlu dilakukan untuk bantu industri. Sebagai contoh, masalah skrip yang kebelakangan ini diambil mudah dan sambil lewa oleh segelintir pihak.

“Sebagai pelakon, saya dibayar untuk memberikan yang terbaik. Tetapi, bagaimana mahu melakukannya jika saya menerima tawaran yang boleh jejas reputasi sebagai pelakon?” jelasnya.

Tambah Aiman lagi, kini dia juga mahu memberikan fokus penuh kepada lakonan dan menganggap kerjaya nyanyian sebagai kerjaya sampingan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aiman hakim ridzaFathia Latiff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd