• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Bayang Gabungan Baharu Ganti BN

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keperluan sebuah gabungan baharu untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah ditolak pengundi Malaysia pada pilihan raya umum ke-14 lepas.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu berkata, gabungan baharu itu boleh dianggotai parti-parti berasaskan kaum, dan seperti BN ia harus mengutamakan kemajmukan masyarakat negara ini tanpa melupakan kepentingan kaum masing-masing.

“Sebuah gabungan atau parti yang serupa dengan BN perlu dibentuk agar semua pihak diletakkan di bawah satu bumbung dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan yang akan datang.

“Kita harus akui bahawa kita tidak boleh berdasarkan perjuangan parti hanya kepada asas perkauman,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Menara Dato Onn hari ini.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata isu itu harus dirunding bersama parti-parti komponen lain.

“Oleh demikian kita perlu mendapatkan mandat daripada rakan-rakan bahagian supaya kita lihat semula sama ada soal persamaan dan juga percantuman pelbagai parti politik yang akan dibentuk, sama ada dengan pengisian baru akan dilakukan.

“Biarpun UMNO adalah parti untuk orang Melayu kita harus bekerjasama dengan parti bangsa lain,” katanya.

Dalam itu, menjawab soalan wartawan mengenai cadangan calon Presiden, Khairy Jamaluddin untuk membuka keanggotaan UMNO kepada kaum lain, Ahmad Zahid berkata Khairy boleh cuba melaksanakan cadangan itu jika dinobatkan pemenang Sabtu depan.

“Saya ingin melihat sama ada dia boleh menterjemahkannya atau tidak, kerana Datuk Onn Jaafar cuba membuka keahlian UMNO, (dan kemudian) apa yang telah berlaku kepadanya. Sejarah telah menceritakan mengenainya.”

Cadangan Onn pada awal penubuhan UMNO itu telah ditolak pemimpin parti lain menyebabkan beliau keluar UMNO dan membentuk dua lagi parti politik lain termasuk Parti Negara.

Namun parti itu tidak bertahan lama dan perjuangannya terkubur.

BN yang memerintah enam dekad mencatatkan prestasi terburuknya pada PRU14 apabila gagal memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Ia juga hanya mampu mempertahankan dua kerajaan negeri iaitu Perlis dan Pahang. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd