• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Ibrahim Jadi Penasihat Ekonomi Terengganu

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditawarkan jawatan penasihat ekonomi Terengganu menyatakan komitmen membantu Terengganu mencapai keadaan ekonomi lebih baik.

Menteri Besar, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Abdul Khalid bersetuju memberi pandangan dan nasihat yang relevan dalam memantapkan ekonomi negeri ini dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.

“Beliau tidak memegang jawatan itu secara rasmi tetapi bersetuju membantu kerana apa yang paling penting bukan jawatan, sebaliknya peranan yang dimainkan.

“Selain Abdul Khalid, kita juga akan bertemu dan mendapatkan pandangan daripada tokoh lain seperti tokoh cendekiawan, ekonomi dan masyarakat.

“Kita percaya kerajaan tidak boleh bergerak dengan sendiri tetapi perlu mendapatkan pandangan dan saranan daripada mereka yang mahir di luar sana,” katanya selepas Majlis Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Negeri Terengganu 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Datuk Dr. Alias Abdullah.

Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama anak perantau di Bangi, Selangor pada Sabtu lalu mengakui Kerajaan Terengganu dikunjungi Abdul Khalid seminggu selepas membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan jawatan penasihat ekonomi kepada Abdul Khalid susulan keupayaan dan pengalamannya dalam bidang korporat serta berjaya membangunkan Kerajaan Selangor ketika pentadbirannya sejak 2008.

Sementara itu, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta untuk memberikan bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran dengan RM500 setiap seorang.

Katanya, ia membabitkan 1,705 guru bagi program Pintar al-Quran, manakala seramai 1,944 orang lagi membabitkan tenaga pengajar bagi kelas masyarakat. – BH Online

Tags: penasihat ekonomiTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

12/02/2023
0

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan...

Najib Dilantik Penasihat Ekonomi, Berita Palsu – PMO

27/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan beberapa blog sehingga tular di media sosial berhubung pelantikan bekas perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd