• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A Kadir Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk A Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuat kuasa serta merta.

A Kadir berkata beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

“Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru bagi elak kesipuan kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihaknya, A Kadir berkata beliau telah memohon untuk undur diri dan keputusan itu telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis itu, Tun Daim Zainuddin.

Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.

“Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Dr. Mahathir mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.

Mereka ialah bekas Menteri Kewangan, Daim; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Selain itu bertindak sebagai sekretariat ialah pakar ekonomi Dr. Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan A Kadir sebagai Ketua Media dan Komunikasi. – BERNAMA

Tags: A Kadir Jasin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Sebab Mahathir Letak Jawatan?

26/02/2020
0

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana ada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih mendengar cakap...

Kadir ‘Ajar’ Otai Reformasi Sejarah Peralihan Kuasa

21/02/2020
0

PETALING JAYA - Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini mengingatkan kumpulan pro-Anwar yang mendesak supaya presiden PKR itu dilantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd