• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Lokasi Sering Dilanda Banjir Kilat Di Kedah

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti lebih 70 kawasan di negeri ini sering dilanda banjir kilat akibat limpahan air sungai berhampiran setiap kali hujan.

Timbalan Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Zahar Abdullah berkata, antara yang dikenal pasti ialah empat kawasan di Alor Setar, manakala Langkawi (15), Aman Jaya dan Sungai Petani (sembilan) serta masing-masing tiga kawasan di Baling, Sik, Kuala Nerang dan Serdang.

Turut dikenal pasti ialah masing-masing dua kawasan di Guar Chempedak dan Bukit Kayu Hitam selain lima kawasan masing-masing di Yan dan Tikam Batu.

Beliau berkata, namun sepanjang bulan ini, kawasan Kulim dan Serdang kerap berlaku banjir kilat berikutan hujan lebat hingga mengakibatkan 1,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

“Saya nasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir kilat supaya berhati-hati dan melakukan persiapan awal untuk berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Sungai Kob, Kulim baru-baru ini, dua beranak ditemui lemas dalam kejadian itu dan mayat mereka ditemui keesokannya oleh pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan pencarian sejak hari kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemeriksaan Kit Inspection dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota dan Pegawai di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, semalam.

Pemeriksaan itu dilakukan terhadap 78 anggota bagi memastikan peralatan seperti baju api, kasut, sarung tangan, topi penyelamatan dan celoreng dalam keadaan baik untuk memantapkan lagi tugas penyelamatan.

Mohd Zahar berkata, pemeriksaan itu adalah yang ke-12 dilakukan di 18 BBP di negeri ini dan bertujuan untuk memastikan anggota tidak mempunyai masalah alat kelengkapan ketika operasi.

Dalam pada itu, Mohd Zahar turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun ketika hujan bagi mengelak kejadian kepala air.

Katanya, ini kerana fenomena kepala air berlaku secara tiba-tiba dengan air deras yang membawa ranting kayu dan dahan pokok dari atas bukit.

“Berdasarkan rekod tahun lalu, tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kepala air di empat lokasi iaitu empat mangsa di Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi, Puncak Janing, Kuala Nerang (satu) dan Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi (dua).

“Selain itu, 16 mangsa pula berjaya diselamatkan iaitu enam mangsa di Air Terjun Batu Hampar di Yan, manakala Pusat Rekreasi Tupah di Merbok (lapan) dan Air Terjun Temurun Jalan Datai di Langkawi (satu).

“Untuk tahun ini pula, dua mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kepala air di Sungai Kuala Sedim di Kulim dan Telaga Tujuh di Langkawi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebagai persediaan menghadapi banjir dalam keadaan cuaca tak menentu, hanya 20 peratus daripada 759 anggota dan pegawai dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitri. – myMetro Online

Tags: banjir kilatBomba
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd