• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Makanan Ini Dilarang Makan Secara Mentah

oleh Haris
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKANAN secara amnya perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan. Tidak dinafikan ada segelintir makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan secara mentah.

Malah, ada juga berpendapat bahawa lebih baik makan sesetengah makanan itu secara mentah kerana lebih organik dan lebih berkhasiat.

Bagaimanapun, kebanyakan makanan yang terdapat di dunia ini tidak boleh dimakan secara mentah kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil tahu makanan apa yang tidak boleh dimakan secara mentah bagi mengelakkan kesihatan kita terganggu apabila mengambil makanan tersebut.

Memetik laporan Readers Digest, di bawah ini merupakan antara makanan yang tidak boleh dimakan secara mentah untuk memastikan kesihatan anda terus baik.

1. Sosej

Mungkin ramai menganggap bahawa sosej ini boleh dimakan secara mentah memandangkan ketika dijual pun ianya sudah direbus setengah masak.

Bagaimanapun, kajian mendedahkan bahawa pembungkusan sosej terdedah kepada kuman atau bakteria Listeria yang hanya akan mati apabila dimasak.

Malah, kajian tersebut juga menyaran orang ramai untuk basuh dahulu sosej berkenaan sebelum ianya dimasak.

2. Ubi Kentang

Ini juga antara makanan yang jika dilihat boleh dimakan sebelum ianya digoreng atau dimasak memandangkan teksturnya yang agak lembut.

Bagaimanapun, ubi kentang yang mentah sememangnya tidak boleh dimakan kerana ia boleh menyebabkan angin terkumpul dalam badan.

Gas yang terkumpul dalam badan akan menyebabkan kembung perut selain kerap terkentut. Selain itu, kentang juga mengandungi kanji yang sukar untuk dicerna.

Lebih membahayakan jika kentang dibiarkan terdedah lama dalam keadaan panas atau lembab, ia akan menghasilkan toksik solanine dan bertukar menjadi warna hijau.

Perkara tersebut boleh mengakibatkan anda mengalami keracunan makanan. Jika anda mendapati ubi kentang di rumah anda mempunyai terdapat tompok hijau, lebih baik buang sahaja kentang itu.

3. Tepung

Agak mustahil untuk orang ramai makan tepung kerana jarang sekali ia berlaku, namun kita harus sentiasa waspada kerana ia mungkin akan berlaku kepada anak-anak kecil.

Menurut kajian daripada beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat, sesiapa yang makan tepung mentah akan berpotensi mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Masalah kesihatan boleh hadir sekiranya anda tertelan tepung kerana tepung boleh menyerap patogen seperti E coli yang hanya hilang apabila dimasak.

4. Taugeh

Taugeh juga merupakan salah satu makanan yang dianggap selamat dan boleh dimakan terus secara mentah jika dilihat dari bentuk dan teksturnya.

Walaupun taugeh memang ternyata kaya dengan vitamin dan berkhasiat, tetapi taugeh ditanam dalam kawasan yang lembab.

Justeru, bakteria sangat aktif dan mudah membiak di kawasan yang lembab. Oleh itu, cuci atau basuh taugeh anda dengan bersih dahulu sebelum dimasak.

5. Susu

Susu mentah yang terus diminum daripada lembu tanpa ditapis atau pasteur adalah sangat berbahaya.

Susu mentah yang belum ditapis dan dirawat ini mengandungi bakteria merbahaya seperti E coli dan Salmonella.

Menurut kajian daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), sesiapa yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.

6. Terung

Ramai yang dilihat suka makan terung secara mentah apabila dijadikan sebagai ulam namun tidak tahu tentang bahayanya.

Menurut kajian, terung mempunyai toksik Solanine yang boleh menyebabkan angin, kembung perut dan keracunan makanan.

Selain itu, segelintir individu mempunyai tindak balas alahan daripada terung walaupun mengambilnya dalam jumlah yang kecil.

Kesimpulannya, lebih baik untuk anda masak dahulu kesemua makanan di atas sebelum mengambilnya.

Ini kerana makanan-makanan ini amat tidak sesuai sekiranya dimakan secara mentah kerana boleh menyebabkan kemudaratan dalam kesihatan anda.

Jangan lupa elak makan enam makanan ini secara mentah ya… – MYNEWSHUB.CC

Tags: makananmentah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Cedera Terkena Tembakan Tak Sengaja Anak

Next Post

Pemilihan UMNO Tak Akan Bersifat Kem – Johari

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

Next Post

Pemilihan UMNO Tak Akan Bersifat Kem - Johari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd