• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

56 Juta Rakyat Turki Keluar Mengundi Pilihan Raya

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Rakyat Turki keluar mengundi semalam, untuk pilihan raya Parlimen dan presiden yang dianggap ujian sukar kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika popularitinya merosot akibat masalah ekonomi.

Erdogan membawa perubahan bersejarah di Turki sejak parti pemerintah berasaskan Islam pimpinannya berkuasa pada 2002 selepas bertahun negara itu dikuasai pentadbiran sekular.

Namun, pengkritik menuduh pemimpin tegar Turki berusia 64 tahun itu mengekang kebebasan awam serta bersikap autokratik.

Pusat mengundi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup pada jam 5 petang. Lebih 56 juta pengundi layak mengundi.

Erdogan berharap memperoleh majoriti keseluruhan untuk Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinanannya, namun mungkin sukar berikutan peningkatan populariti parti sekular, Parti Rakyat Republikan (CHP) pimpinan, Muharrem Ince.

Ince berjanji menamatkan pemerintahan kuku besi Erdogan di negara dengan 81 juta penduduk itu.

“Jika Erdogan menang, telefon anda akan terus didengar. Ketakutan akan terus melingkari. Jika Ince menang, mahkamah akan bebas,” kata Ince membuat janji akan menarik balik perintah darurat dalam tempoh 48 jam selepas dipilih.

Erdogan bagaimanapun, tetap menjadi pilihan mengekalkan jawatan presiden walaupun memerlukan pusingan kedua yang dijangka 8 Julai ini.

“Jika tuah menyebelahi penyandang, saingan kali ini jauh lebih sengit berbanding yang dijangka,” kata penganalisis di Institut Diraja Elcano dan Prof Adjung di Universiti Carloss II di Madrid, Sepanyol, Ilke Toygur. – Agensi

Tags: mengundiTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd