• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

522 Anak Pelarian Terpisah Ibu Bapa Disatukan

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Washington – Kerajaan Amerika Syarikat menyatukan semula 522 anak pendatang yang terpisah daripada ibu bapa mereka sebagai sebahagian inisiatif ‘Toleransi Sifar’ pendatang yang diamalkan sebelum ini.

Namun, masih ada 2,053 kanak-kanak dalam tahanan pihak berkuasa Amerika yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menerusi kenyataan semalam, berkata, mereka merancang menyatukan 16 kanak-kanak lagi dengan ibu bapa masing-masing dalam tempoh 24 jam.

Menurut jabatan itu, Bahagian Perlindungan Sempadan dan Kastam Amerika menjangka sebilangan kecil kanak-kanak akan kekal terpisah jika ahli keluarga mereka gagal dikesan.

Rabu lalu, Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif menamatkan dasar memisahkan anak-anak pendatang di sempadan Amerika – Mexico dengan ibu bapa mereka selepas gambar sejumlah kanak-kanak dalam kurungan tersebar luas yang menimbulkan kemarahan orang ramai seluruh dunia.

Menurut jabatan itu, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan (HHS) menempatkan 2,053 anak pendatang di beberapa kemudahan milik mereka dan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk menyatukan semula dengan ibu bapa masing-masing. – Reuters

Tags: kanak-kanakTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd