Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAN Seru Rakyat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) meminta ahli PAS tidak lagi menyokong...

Mimi (ONE) Akui Nikah...

SETELAH beberapa bulan, penyanyi yang sinonim dengan rambut berwarna merah dari kumpulan One Nation...

Agong Isytihar Darurat Parlimen...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

320 Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir...

5 Tip Kekalkan Rumah Kemas Bagi Yang Jenis Sibuk

SELEPAS seharian penat bekerja, pastinya kita mengharapkan agar keadaan di rumah dapat menenangkan fikiran tetapi jika anda sendiri yang mempunyai sifat malas mengemas rumah, macam mana fikiran nak tenang?

Anda mungkin juga merupakan seorang lelaki/wanita yang berkerjaya sehingga kadang-kala tiada masa untuk diri sendiri dan lebih-lebih lagi untuk mengemas rumah.

Tetapi ada beberapa tip yang anda boleh lakukan setiap hari bagi mengelakkan rumah kelihatan bersepah dan anda sendiri tidak perlu bersusah payah mengemas sehingga terasa terbeban.

1. Kemas katil setiap kali selepas bangun

Mengemas katil merupakan perkara yang paling penting dan mudah sekali dilakukan oleh anda! Buka mata, bangun dan kemudian terus lipat selimut, tegangkan cadar dan kemas bantal.

Jika anda praktikkan perkara ini setiap hari tidak mustahil bilik anda akan sentiasa nampak kemas walaupun hakikatnya ada selonggok kain yang masih belum dibasuh.

2. Lipat kain selepas dibasuh

Basuh kain memang mudah, hanya tekan di mesin dan masukkan sahaja sabun serta pewangi. Tetapi ada segelintir daripada kita yang agak liat untuk melipat kain.

Sekiranya anda seorang yang gemar menangguh sesuatu pekerjaan, kain anda mungkin sudah bertimbun tingginya kerana sikap malas anda itu sendiri.

Apa salahnya jika selepas baju kering di ampaian, anda angkat dan terus lipat serta masukkan di dalam almari. Dengan itu, pakaian anda tidak akan bersepah di lantai dan kain juga tidak bertimbun!

3. Jangan suka biarkan sinki penuh

Sesetengah orang gemar memasak tetapi malas untuk membasuh pinggan mangkuk. Tapi siapa pula yang nak basuhkan pinggan manngjuk yang anda gunaka lepas makan atau masak?

Tanam sifat bertanggungjawab dalam diri untuk sentiasa memastikan sinki kosong dan bersih selepas anda menggunakan pinggan mangkuk di rumah. Bukan apa, apabila sinki bertimbun dengan pinggan mangkuk, anda juga yang susah nanti sebab kena bersihkan banyak benda.


4. Bersihkan dapur masak selepas digunakan

Memasak memang seronok tetapi nak mengemas dapur tu yang macam liat sikit! Tapi anda perlu tahu bahawa dapur merupakan tempat yang paling penting untuk anda jaga kerana di situlah tempat anda menyediakan makanan untuk keluarga.

Seeloknya selepas selesai mamasak, susun semula segala pinggan mangkuk, periuk atau kuali ke tempat asalnya. Baki lauk berlebihan pula, jangan lupa simpan di dalam peti supaya nanti boleh dijamah lagi.

Sampah selepas memasak juga perlu dibuang sehabis selesai memasak. Bukan apa, bimbang jika ada serangga atau ulat yang datang ‘menjamah’ sampah yang anda tinggalkan.

5. Kemas ruang tamu ketika tengah hari dan malam

Ruang tamu semestinya merupakan ruang utama dan tempat permainan kanak-kanak serta ia akan menjadi seperti ‘medan perang’ selepas mereka selesai bermain.

Jadi, anda perlu sentiasa memastikan ruang tamu sentiasa kemas selepas anak-anak selesai bermain dan seeloknya dikemas pada tengahari dan malam.

Sebelum tidur merupakan waktu yang sangat sesuai untuk anda mengemas rumah supaya pada keesokan harinya ketika anda buka mata, rumah akan kelihatan kemas dan teratur.

Exra tips untuk anda bagi menjimatkan masa membasuh bilik air iaitu bersihkan bilik air ketika sedang mandi.

Sambil-sambil anda menyanyi ketika mandi, anda boleh juga membersihkan sinki dan mangkuk tandas.

Ia pastilah dilakukan setiap seminggu dua kali supaya tandas atau bilik mandi anda akan sentiasa kelihatan bersih.

Mengemas rumah ni bukanlah satu perkara yang susah tetapi anda hanya perlukan sedikit kerajinan demi kemudahan sekeluarga. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori