• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Raya 46 Kampung Di Terengganu Tiada Air

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 22,300 penduduk di dua daerah di negeri ini terpaksa mengharungi Aidilfitri dalam ‘kekurangan’ apabila berdepan gangguan bekalan air bersih sejak semalam sehingga Isnin depan berikutan peningkatan penggunaan serentak pada musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata masalah itu menyebabkan 28 kawasan di daerah Kuala Terengganu dan 18 di Kuala Nerus mengalami gangguan bekalan disebabkan tekanan air rendah.

Katanya, kawasan terjejas di Kuala Terengganu ialah di Kampung Bukit, Kampung Surau Haji Daud, Kampung Surau Panjang, Kampung Tok Dir, Kampung Tok Pong, Tok Peh, Surau Haji Yaakob, Chendering, Kuala Ibai, Tok Aids, Padang Negara, Mengabang Tengah, Gong Tok Nasek, Pak Maseh, Kampung Nibong, kawasan Perumahan Permit Jaya dan Kampung Kedai Buloh.

“Kawasan lain yang turut mengalami gangguan bekalan air berikutan tekanan air rendah di Kuala Terengganu ialah Kampung Titian Baru, Atas Tol, Pengkalan Setar, Gong Pipit, Gelugor, Pengadang Baru, Kampung Laut, Belukar Bukit, Tok Molor, Sungai Derhaka dan di Bukit Bayas,” katanya.

Beliau berkata, di Kuala Nerus, kawasan terbabit ialah di kawasan Perindustrian Gong Badak, Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Badak, Alur Jambu, kawasan perumahan dan sekitar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, Padang Nenas, Bukit Cempaka, Bukit Wan, Kampung Lingai, Bukit Nenas, Pagar Ubi, Padang Hangus, perumahan PAKR Banggol Peradung dan Kampung Banggol Peradung antara kawasan di daerah Kuala Nerus yang turut mengalami gangguan bekalan air.

“Turut mengalami gangguan, Kampung Bukit Petiti, Telari, Kubang Lembek, Kesom dan Pulau Bahagian membabitkan seramai 4,800 penduduk.

“SATU akan membuat penghantaran air menggunakan lori tangki di kawasan kritikal bagi mengurangkan masalah bekalan air yang akan dihadapi penduduk,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan terjejas supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan melaporkan segera kebocoran paip selain menyimpan bekalan air secukupnya. – BH ONLINE

Tags: bekalan airHari Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd