• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Sertai Perarakan ‘Niti Daun’ Di Kuching

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perarakan Gawai Dayak 2018 atau ‘Niti Daun’ hari ini berjaya menarik penyertaan 3,000 peserta melibatkan lebih 100 kontinjen, selepas kali terakhir diadakan pada 1994.

Masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu dari 93 kontinjen berarak sepanjang lebih satu kilometer melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, manakala 31 kontinjen menyusuri Sungai Sarawak, yang merupakan simbolik sambutan tahun ini.

Kedua-dua pergerakan tersebut berakhir di Square Tower, Tebingan Kuching, di sini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut serta ‘berjalai’ (berarak) sepanjang jalan Niti Daun bersama kontinjen yang terlibat.

Perarakan Niti Daun hari ini bermula dengan ‘Ngerandang Jalai’ iaitu acara simbolik pembuka jalan dalam erti kata untuk mohon agar perjalanan berjalan lancar dan dijauhi dari segala halangan dan rintangan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan ialah Kelab Gagung Sarawak, Kelab Gendang Pampat, Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer, Persatuan Artis dan Pemuzik Bidayuh, Persatuan Ngajat Asal Iban, Masyarakat Salako-Rara, Persatuan Kenyah Badeng Sarawak dan Serian Bung Sa’dung.

Sepanjang perarakan itu, kontinjen terlibat turut mempamer gaya dan persembahan warna-warni kumpulan masing-masing di tiga lokasi ditetapkan menuju Tebingan Kuching.

Perarakan Niti Daun bertujuan mempamer dan mempromosi budaya dan kewujudan komuniti Dayak di Sarawak dan Malaysia.

Bagi sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini, tiga program utama dirancang ialah Bazar Gawai Dayak di bahagian Kuching, Sibu dan Bintulu diadakan secara berperingkat sehingga 23 Jun; Perarakan Gawai Dayak di Tebingan Sungai Kuching pada hari ini dan Majlis Makan Malam Gawai Dayak, esok.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini esok, akan menjadi acara kemuncak kepada tiga program utama yang dirancang untuk sambutan perayaan Hari Gawai di Sarawak tahun ini. – BERNAMA

Tags: Sambut Gawai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Lelaki Ditahan Dipercayai Pecah Masuk Rumah Jamal

Next Post

Debat Calon Presiden Tonjol Keterbukaan UMNO

Related Posts

Tradisi Sambut Hari Gawai Terus Dipelihara

02/06/2017
0

SERIAN - Walaupun menetap di Pulau Pinang sejak 37 tahun lalu kerana bertugas sebagai guru, bagi Rumpun Evy Ningon, beliau...

Next Post

Debat Calon Presiden Tonjol Keterbukaan UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd