• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 4 Parah Dalam Kemalangan Di Temerloh

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Tiga maut, empat parah termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 149 Jalan Kuantan Kuala Lumpur dekat Batu 7, Mentakab pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah dua beradik yang juga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Khasrul Haizal Bin Mohd Yusof, 20 dan Khasrul Ikhwan (umur masih belum diperolehi) serta pemandu Toyota Hilux Chua Jyh Shyong, 37.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Zundin Mahmood berkata empat lagi yang cedera ialah pemandu MPV, Mohd Yusof Ghazali, 37, isteri serta dua anak lelaki mereka, bagaimanapun maklumat lengkap mangsa cedera bersama dua yang terselamat (tidak cedera) masih belum diperoleh.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler membawa muatan kertas yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan tiba-tiba terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar MPV yang dinaiki lapan sekeluarga yang beralamat di Sungai Penchala, Kuala Lumpur itu serta kenderaan pacuan empat roda dari arah hadapan menyebabkan tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya selepas kejadian, pemandu treler bernombor pendaftaran BPB 5411 itu dipercayai melarikan diri dan polis sedang mengesan lelaki terbabit.

Beliau berkata siasatan turut mendapati lesen memandu Mohd Yusof telah tamat tempoh pada 22 Jun lalu serta mangsa yang cedera dan meninggal dunia telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). – BERNAMA

Tags: Bombakemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd